perkataan yang di cari : ''

Badan Perundangan Negeri : State Legislative Body

Badan yang mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan Negeri itu untuk membuat undang-undang bagi negeri itu, iaitu Dewan Undangan Negeri.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : STRATA

Bahan Geologi : Geological Substance

Sebarang batuan (contoh: granit, marmar) atau hasil luluh hawa batuan (contoh: kaolin, lempung bebola, pasir) atau mineral (contoh: kuarza, mika, batu permata).



Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : MINERAL

Bahu Jalan : Road Shoulder

Merujuk kepada bahagian tepi kiri dan kanan jalan. Ianya terdiri daripada bahu jalan berturap dan tidak berturap yang lazimnya dapat digunakan untuk tujuan kecemasan, laluan pejalan kaki, tanamĀ­ tanaman dan pelebaran kawasan jalan. (f57)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : JALAN

Balai Raya : Community Hall

Balai Raya/Pusat Komuniti untuk penduduk antara 200 hingga 5,000 orang yang mempunyai komponen-komponen sokongan yang ditetapkan.



Kategori : SOSIAL
Sub Kategori : KEMUDAHAN

Ban Sungai : River Bund

Batas yang bersempadan dengan dataran banjir atau tebing sungai. Ia termasuk di dalam sebahagian rizab sungai.



Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : BANJIR

Bandar : Town

Kawasan yang diwartakan serta kawasan tepu bina yang bersempadan dengannya dan gabungan kedua-dua kawasan ini mempunyai penduduk 10,000 orang atau lebih atau kawasan pembangunan khusus atau pusat pentadbiran daerah walaupun penduduk kurang daripada 10,000 orang dan sekurang-kurangnya 60% penduduknya berumur 15 tahun dan ke atas terlibat dalam aktiviti bukan pertanian. (f3)


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : BANDAR

Bandar Berdaya Tahan Bencana : Disaster Resilient City

Bandar yang mempunyai sistem dan komuniti yang berupaya menghadapi bencana supaya dapat mencegah, bersedia, bertindak dan membaik pulih kesan daripada bencana tersebut dalam tempoh waktu tertentu. (f89)


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : KONSEP PERANCANGAN

Bandar Diraja : Royal Town

Sebuah bandar di mana terletaknya istana dan mempunyai karakter serta identiti tersendiri yang menonjolkan unsur budaya tempatan yang sangat tinggi contohnya Bandar Diraja Kuala Kangsar, Seri Menanti, Klang dan Anak Bukit. (f4)


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : BANDAR

Bandar Global : Global City

Bandar yang mempunyai kepentingan di dalam sistem ekonomi global. Ia mempunyai kesemua atau sebahagian besar daripada 13 kriteria dengan penduduk melebihi 3.5 juta orang bagi keseluruhan konurbasi contohnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. (f5)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : BANDAR

Bandar Hijau : Green City

Bandar yang dirancang dengan prinsip bandar mampan, mempunyai program dan inisiatif bagi memelihara alam sekitar dan sumber-sumber semula jadi dengan tujuan untuk mengurangkan kesan negatif aktiviti manusia ke atas alam sekitar. (f90)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : KONSEP PERANCANGAN