perkataan yang di cari : ''
FIZIKAL
Sebarang bahan buangan terjadual atau tidak terjadual dalam sebarang bentuk pepejal, separuh pepejal, cecair, gas yang boleh menyebabkan pencemaran.
FIZIKAL
Bumbung yang ditanam dengan tumbuh-tumbuhan atau spesies pokok. Rapi bumbung hijau mempunyai lapisan tebal tanah (6-12 inci atau lebih) yang boleh menyokong pelbagai tumbuh-tumbuhan atau spesies pokok. (f21)
FIZIKAL
Bayaran yang dikenakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan kepada pemilik hartanah kerana sesuatu perubahan kegunaan, pertambahan kepadatan, dan nisbah plot atau luas lantai berikutan terdapatnya rancangan tempatan atau sesuatu perubahan rancangan tempatan di bawah subseksyen 32(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172].
PERUNDANGAN
Membuat semakan bagi sesuatu lot tanah dan sekitarnya, di Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar dan diberi sijil carian yang akan dikeluarkan oleh Pejabat Tanah untuk menerangkan maklumat carian. Yuran carian akan dikenakan mengikut jumlah bilangan lot yang dicari di bawah seksyen 385, Kanun Tanah Negara [Akta 828].
PERUNDANGAN
Gabungan kompleks hutan yang terdiri daripada kawasan hutan simpanan kekal, hutan tanah kerajaan, taman negara, taman negeri dan rizab hidupan liar serta tanah pertanian yang menjadi tulang belakang bagi kawasan sensitif alam sekitar.
ALAM SEKITAR
Kawasan terbuka yang dikelilingi oleh dinding atau bangunan tinggi, biasanya terletak di tengah-tengah bangunan. Halaman moden ialah ciri seni bina yang biasa dilihat di ruang pejabat dan universiti, di mana pelajar dan pekerja boleh berehat, makan atau berinteraksi
FIZIKAL
Bayaran yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan berdasarkan senarai nilaian (rujuk seksyen 130 hingga 137 Bahagian XV, Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]) yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
PERUNDANGAN