perkataan yang di cari : ''
Kawasan pentadbiran yang diwartakan bawah peruntukan seksyen 11, Kanun Tanah Negara [Akta 828] dan ditadbir oleh Pegawai Daerah serta meliputi daerah-daerah kecil dan mukim.
PERUNDANGAN
Elemen imej bandar yang terbesar dalam suatu kawasan bandar. Ciri-ciri fizikal daerah ditentukan oleh kesinambungan, perincian bentuk, bangunan dan topografi latar langit. Daerah memberi identiti dan sebagai petunjuk asas sesuatu bandar. Daerah juga menjadi tarikan dan pengenalan sesuatu bandar.(f23)
FIZIKAL
Merupakan satu ledakan informasi yang seiring dengan pertumbuhan ekosistem penggunaan mobile dan data internet. Pelbagai jenis data-data berstruktur dan tidak berstruktur daripada media sosial seperti blog, Facebook, Twitter telah menyokong pertumbuhan data raya yang besar, pelbagai, tidak terbatas dan bernilai (volume, variety, velocity, value) sehingga kepada terabytes dan petabyte data.
UMUM
Tanah dampingan (adjoining) yang hampir rata terletak di bahagian lembah sungai dan hanya dibanjiri air apabila aliran sungai melebihi daya tampungan (carrying capacity) alur biasa.
ALAM SEKITAR
i.Orang yang pada masa ini menjalankan kewajipan jawatan Datuk Bandar sesuatu Majlis Bandaraya dengan sah di sisi undang-undang dan termasuklah Timbalan Datuk Bandar di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171].
ii.Datuk Bandar ertinya Datuk Bandar Kuala Lumpur atau, dalam bahasa Inggeris, the Commissioner of the City of Kuala Lumpur, yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 [Akta 190].
UMUM
Sesebuah kawasan yang boleh menerima daya tampungan yang mempunyai limitasi tampungan yang bersesuaian dengan sesuatu keadaan/situasi.
Pelan pengurusan daya tampungan perlu disediakan bagi mengurus dan menjaga ekosistem kawasan semula jadi (terutamanya di tapak ekopelancongan dan tapak warisan).
ALAM SEKITAR
Kawasan selain daripada kawasan bandar yang terdiri daripada semua jenis petempatan kampung, pekan dan petempatan kecil lain yang kurang daripada 10,000 penduduk, bercirikan pertanian serta kaya dengan sumber alam. (f22)
FIZIKAL
Merupakan prinsip yang berteraskan nilai-nilai murni sejagat iaitu menjaga hubungan di antara manusia dan pencipta, manusia dan alam sekitar, dan manusia dengan manusia lain.
UMUM