perkataan yang di cari : ''

Dokumen Hakmilik : Document of Title

Geran, pajakan tanah kerajaan, sijil hakmilik, hakmilik bersyarat, catatan dalam daftar Mukim, pajakan lombong atau sijil perlombongan dan dokumen lain yang membuktikan hakmilik atau pendaftaran tanah, yang disimpan oleh Pendaftar Hakmilik atau Pemungut Hasil Tanah.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : STRATA

E-Buku : E-Book

Adalah buku dalam bentuk digital yang terdiri daripada teks, gambar atau kedua-duanya sekali yang dapat dibuka dan dibaca melalui alat elektronik seperti komputer, tablet dan telefon pintar.


Kategori : UMUM
Sub Kategori :

E-Dagang : E-Commerce

Sebarang transaksi perdagangan yang dijalankan menerusi rangkaian elektronik, termasuk aktiviti pemberian maklumat, promosi dan pemasaran, pembekalan atau penghantaran barangan atau perkhidmatan, meskipun pembayaran dan penghantaran berkaitan transaksi ini mungkin dijalankan di luar talian.


Kategori : UMUM
Sub Kategori :

Ekistik : Ekistics

Kajian tipologi atau pola sesebuah petempatan.



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : ELEMEN IMEJ BANDAR

Eklektik : Eclectic

Seni bina yang tercipta daripada pelbagai sumber. Di Malaysia, kebanyakan campuran seni bina ini dipengaruhi oleh seni bina Eropah, Cina dan Melayu. Pengaruh ini menghasilkan satu bentuk corak yang unggul dan unik bagi seni bina di rantau ini. Bangunan yang dibina di negeri-negeri Selat tercipta hasil daripada campuran seni bina pelbagai pengaruh. Seni bina ini banyak kelihatan pada bangunan rumah kedai zaman kolonial. (f28)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : ELEMEN IMEJ BANDAR

Ekologi : Ecology

Hubungan antara tumbuhan, binatang dan manusia dengan persekitaran yang membentuk keseimbangan ekosistem.


Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : EKOLOGI

Ekonomi Biru : Blue Economy

Penggunaan sumber laut dengan mampan untuk pertumbuhan ekonomi, peningkatan taraf hidup dan peningkatan pekerjaan, di samping menjaga kemakmuran dan kesihatan ekosistem laut.


Kategori : EKONOMI
Sub Kategori :

Ekonomi Gig : Gig Economy

Ekonomi berdasarkan sistem pasaran yang memberi kebebasan kepada organisasi dan pekerja untuk menjalani kontrak jangka pendek atau dilakukan secara bebas (freelance) tanpa perlu menggajikan pekerja sepenuh masa, yang disokong dengan menggunakan aplikasi teknologi digital selaras dengan Revolusi Industri 4.0.



Kategori : EKONOMI
Sub Kategori :

Ekonomi Kitaran : Circular Economy

Model pengeluaran dan penggunaan, yang melibatkan perkongisan, pemajakan, penggunaan semula, pembaikan, membaik pulih dan mengitar semula bahan dan produk sedia ada selama mungkin. Dengan cara ini, kitaran hayat produk dilanjutkan.



Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : KITAR SEMULA

Ekosistem : Ecosystem

Sistem lingkungan hidup semula jadi yang terbentuk sebagai hasil daripada tindakan yang menyaling antara benda-benda hidup dengan persekitarannya.



Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : EKOLOGI