perkataan yang di cari : ''
Imej bandar terdiri daripada lima (5) elemen reka bentuk yang diperkenalkan oleh Kevin Lynch iaitu laluan (path), tepian (edge), mercu tanda (land mark), daerah (district) dan nodus (node).
FIZIKAL
Kawasan yang dibina dengan struktur berkaitan untuk tujuan penyimpanan, kawalan dan lencongan air.
ALAM SEKITAR
Termasuklah empunya sesuatu pegangan yang termasuk dalam Daftar Sementara.
PERUNDANGAN
Mana-mana enakmen Perundangan mana-mana Negeri yang mempunyai kuatkuasa undang-undang dalam Negeri itu, sama ada dibuat sebelum atau selepas hari Merdeka, tetapi tidak termasuk suatu enakmen Perundangan Negeri Tanah Melayu Bersekutu.
PERUNDANGAN
Apa-apa enapan zarah daripada sesuatu cecair, termasuk enapan yang terhasil daripada pengolahan fizikal, kimia, biologi atau pengolahan kumbahan yang lain.
ALAM SEKITAR
Campuran baki pepejal dan cecair yang terhasil semasa rawatan kumbahan secara separa atau sepenuhnya tetapi tidak termasuk efluen kumbahan terawat yang dilepaskan melalui paip pelupusan.
ALAM SEKITAR
Sistem pembayaran yang menggunakan kemudahan internet sebagai perantara. Sistem ini berupaya mengesan transaksi dan mengurangkan risiko pengubahan wang haram atau transaksi haram. Antara inisiatif e-pembayaran yang berada di Malaysia adalah e-Wallet, Grabpay dan Touch ‘n Go.
UMUM
Pendidikan digital adalah salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek pengkomputeran, kurikulum baharu dengan ketersediaan infrastruktur dan peranti digital teknologi baru seperti Virtual Reality (VR), Augmented Reality (AR), Artificial Intelligence (AI) termasuk pengaturcaraan dimasukkan dalam sukatan pelajaran sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi iaitu untuk menyediakan generasi baharu pada masa depan. Selain itu, pendidikan digital ini dapat memupuk bakat digital yang berpengetahuan, berkemahiran dan beretika dalam penggunaan teknologi digital.
UMUM
Hak yang diberi oleh seorang tuan punya kepada orang lain untuk menikmati faedah daripada tanahnya di bawah subseksyen 282(1), Kanun Tanah Negara [Akta 828].
PERUNDANGAN
Bahagian luar bangunan yang paling menyerlah, iaitu di bahagian hadapan bangunan atau bahagian sisi bangunan yang menghadap kawasan laluan orang ramai. Fasad merupakan elemen utama dalam seni bina yang mampu menyampaikan maksud dan fungsi sesuatu bangunan. Fasad ibarat wajah bangunan supaya ciri-ciri kecantikan dapat ditonjolkan dan reka bentuk elemennya dapat menarik perhatian orang yang melihatnya. Istilah ini berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud bahagian hadapan atau "muka. (f29)
FIZIKAL