perkataan yang di cari : ''
Apa-apa gas yang menyerap sinaran inframerah. Gas rumah kaca termasuk, tetapi tidak terhad kepada, wap air, karbon dioksida (CO2), metana (CH4), nitrus oksida (N2O), berhalogen fluorocarbons (HCFCs), ozon (O3), karbon perfluorinated (PFCs), hydrofluorocarbons (HFCs) dan hexafluoride sulfur (SF6) . Gas rumah kaca juga dikenali sebagai gas rumah hijau.
ALAM SEKITAR
Adalah gedung dengan pelbagai saiz ruang lantai perniagaan yang menjual pelbagai jenis barangan pengguna yang dibahagikan mengikut jantina, umur dan barangan keperluan rumah, melalui layan diri atau dengan jurujual, secara amnya di bawah satu pengurusan. Departmental store boleh menyediakan ruang untuk pasar raya tidak lebih daripada 3,000m2.
EKONOMI
Gelombang hijau berlaku apabila satu siri lampu isyarat (biasanya tiga atau lebih) diselaraskan untuk membolehkan aliran trafik berterusan di beberapa persimpangan dalam satu arah utama.
UMUM
Suatu kejadian gegaran permukaan yang disebabkan oleh pelepasan tenaga dengan cepat yang terjadi di dalam lapisan bumi yang disebabkan oleh pergeseran lapisan batuan, aktiviti volkanik atau akibat ledakan buatan manusia seperti letupan bom dan sebagainya.
ALAM SEKITAR
Sesuatu kawasan yang terdapat tapak warisan geologi yang digunakan oleh semua pihak bagi tujuan pemeliharaan, pendidikan dan pembangunan secara lestari/mampan. Ia juga mempunyai unsur-unsur ekologi, arkeologi, sejarah dan budaya.
ALAM SEKITAR
Aktiviti perniagaan informal yang wujud di pusat bandar, pusat kejiranan, kawasan perumahan, kawasan perindustrian dan kawasan institusi yang menjual pelbagai barangan, minuman dan makanan dalam ruang yang disediakan secara statik atau sementara dan lebih kecil daripada kedai.
EKONOMI
Dokumen hakmilik daftaran dalam Borang 5B (iaitu, dalam borang yang sesuai di bawah Kanun Tanah Negara [Akta 828] dengan tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftaran untuk selama-lamanya).
PERUNDANGAN