perkataan yang di cari : ''

Hakmilik Pejabat Tanah : Land Office Title

Hak milik yang dibuktikan oleh Geran Mukim atau pajakan Mukim atau mana-mana dokumen hakmilik yang didaftarkan di Pejabat Tanah di bawah peruntukan mana-mana undang-undang tanah terdahulu.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : STRATA

Hakmilik Sementara : Qualified Title

Hakmilik yang dikeluarkan di bawah Bab 2 atau 3 Bahagian Sebelas, Kanun Tanah Negara [Akta 828] iaitu sebelum pengukuran dilakukan.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : STRATA

HakMilik Strata : Strata Title

Hakmilik yang dikeluarkan di bawah seksyen 16, Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318]. Dokumen hak milik boleh terbahagi kepada hakmilik petak atau hak milik bagi blok/lot sementara. Hakmilik berasingan boleh dikeluarkan bagi setiap petak, termasuk petak sementara dan petak aksesori dalam bangunan yang telah dipecah bahagi. Contoh hakmilik strata termasuklah pangsapuri, kondominium, rumah bandar (townhouse) dan rumah-rumah dalam skim komuniti berpagar.



Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : STRATA

Harta Bersama : Common Property

Sekian banyak daripada lot yang tidak terkandung dalam mana-mana petak (termasuk mana-mana petak aksesori) atau mana-mana blok sementara sebagaimana yang ditunjukkan dalam pelan strata yang diluluskan.



Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : STRATA

Hasil Tanah : Land Revenue

Premium atau cukai-sewa yang perlu dibayar ke atas tanah yang diberi milik atau sebarang lesen dan permit berhubung dengan tanah dan sebarang jenis bayaran yang boleh dikenakan di bawah Kanun Tanah Negara [Akta 828] atau mana-mana undang-undang tanah terdahulu.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : STRATA

Hierarki Bandar Berfungsi : Functional Urban Hierarchy :

Susunan atau tingkat bandar yang berdasarkan fungsi sesuatu bandar dalam konteks negara atau wilayah.



Kategori : UMUM
Sub Kategori : HIERARKI

Hierarki Jalan : Road Hierarchy :

Susunan atau peringkat pembahagian kelas jalan mengikut keutamaan atau berdasarkan kelebaran jalan.


Kategori : UMUM
Sub Kategori : HIERARKI

Hierarki Petempatan : Hierarchy of Settlement :

Susunan dan urutan pembahagian kawasan petempatan mengikut tahap tadahan penduduk atau saiz penduduk dan fungsinya.



Kategori : UMUM
Sub Kategori : HIERARKI

Hospital :

Hospital awam atau hospital kerajaan ialah hospital yang dimiliki oleh kerajaan dan menerima dana kerajaan. Hospital ini menyediakan rawatan perubatan secara percuma atau pada kos minimum di mana hampir segala kosnya ditanggung oleh kerajaan.
Manakala hospital swasta adalah hospital yang dibiayai melalui pembayaran untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan.



Kategori : SOSIAL
Sub Kategori : KEMUDAHAN

Hutan : Forest

Sesuatu kawasan merangkumi keluasan melebihi 0.5 hektar termasuk hutan semula jadi/asli dan ladang hutan tetapi tidak termasuk pokok-pokok yang ditanam bagi tujuan pertanian atau penggunaan tanah bandar (urban land use). Pokok-pokok yang terdapat di kawasan tersebut juga hendaklah mampu mencapai ketinggian sekurang-kurangnya lima (5) meter dan dilitupi oleh silara pokok melebihi 10%.


Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : HUTAN