perkataan yang di cari : ''

Hutan Darat : Land Forest

Kawasan hutan yang bentuk muka buminya berbukit dan beralun-alun serta berketinggian sehingga 1,000 meter dari paras laut.


Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : HUTAN

Hutan Miskin : Poor Forest

Hutan simpanan kekal (HSK) yang telah diusahasil dan hasil keputusan bancian selepas tebangan menunjukkan kawasan tersebut tidak mempunyai bilangan anak benih daripada jenis pilihan (RS) yang mencukupi tetapi mengalami gangguan (bertam, resam, halia, pisang dan buluh) yang tidak boleh diatasi.


Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : HUTAN

Hutan Paya Gambut : Peat Swamp Forest

Hutan yang terbentuk di atas tanah gambut yang mempunyai kedalaman lebih kurang enam (6) meter yang mengandungi air dan berasid. Hutan ini terletak di belakang garisan pantai.


Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : HUTAN

Hutan Paya Laut : Marine Swamp Forest

Satu (1) ekosistem hutan yang bercampur dengan air masin di kawasan air pasang surut di sepanjang pantai.



Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : HUTAN

Hutan Pengeluaran : Production Forests

Merupakan hutan pengeluaran kayu di bawah perolehan berkekalan yang membolehkan kawasan hutan tersebut dikeluarkan hasil kayunya sebagaimana dinyatakan di bawah perenggan 10(1)(a), Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313].



Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : HUTAN

Hutan Perlindungan : Protection Forest

Hutan yang dipelihara dan dilindungi dengan mengekalkan habitat semula jadi sebagaimana diperuntukkan di bawah perenggan 10(1)(b) hingga 10(1)(k), Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313].



Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : HUTAN

Hutan Simpanan Kekal : Permanent Reserved Forest

Mana-mana tanah (tanah berhutan dan tidak berhutan) yang diwartakan atau disifatkan telah dijadikan sebagai hutan simpanan kekal untuk tujuan perhutanan di bawah seksyen 7, 8 dan 9, Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313]. Takrifan hutan simpanan kekal (HSK) dalam seksyen 2, Akta 313 adalah “mana-mana tanah yang dijadikan atau disifatkan telah dijadikan suatu hutan simpanan kekal di bawah Akta ini.”



Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : HUTAN

Hutan Tadahan Air : Water Catchment Forest

Hutan yang berfungsi sebagai kawasan tadahan air hujan dengan menyerap air hujan dan mengalirkan ke dalam anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penuras yang menapis air hujan bagi memastikan air bersih dan jernih mengalir ke kawasan tadahan.


Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : HUTAN

Hutan Taman Negeri : State Forest Park

Kawasan hutan yang ditubuhkan bertujuan untuk tujuan perlindungan, pemeliharaan dan pemuliharaan kepelbagaian biologi hutan serta menjalankan aktiviti seperti pendidikan dan rekreasi (ekopelancongan).



Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : HUTAN

Hutan Tanah Kerajaan (Negeri) : State Land Forest

Kawasan hutan yang tidak diwartakan sebagai hutan simpanan kekal (HSK) dan hak pemilikan hutan adalah milik kerajaan negeri.


Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : HUTAN