perkataan yang di cari : ''
Paparan iklan yang dipasang pada jejambat laluan kenderaan atau jambatan. (f128)
FIZIKAL
Paparan di atas kain rentang di dalam pelbagai saiz yang dipasang pada sesuatu bangunan atau di atas sesuatu kerangka/bingkai (frame). (f129)
FIZIKAL
Berasaskan kaedah mekanikal untuk memaparkan beberapa pengiklanan secara berturut yang disusun dalam bentuk bergulung. (f130)
FIZIKAL
Berasaskan kaedah mekanikal untuk memaparkan tiga pengiklanan berasingan secara bergilir menggunakan siri triangular prism. (f131)
FIZIKAL
Pengiklanan yang dipasang pada pagar sementara untuk tujuan keselamatan semasa pelaksanaan sesuatu projek binaan atau iklan pada pagar yang dipasang bagi menutup sesuatu visual yang kurang menarik. (f132)
FIZIKAL
Pengiklanan pada objek atau peralatan yang bina di atas atau berdekatan jalan awam. Elemen perabot jalan ialah tong sampah, lampu, turapan laluan pejalan kaki, perhentian bas, pondok telefon dan lain-lain. (f133)
FIZIKAL
Premis penginapan di mana pelancong atau pengunjung tinggal bersama-sama pengusaha inap desa serta menjalankan aktiviti bersama dan hendaklah berada di kawasan desa yang merupakan kawasan selain daripada kawasan bandar. (f38)
FIZIKAL
Merupakan sistem penarafan komprehensif bagi menilai kelestarian bentuk dan prestasi bangunan, bandar dan kilang. Bangunan hijau dibina mengikut konsep kelestarian di mana tenaga, air dan bahan digunakan dengan cekap. Bangunan jenis ini biasanya mengandungi ciri seni bina hijau dan elemen reka bentuk seperti pencahayaan jimat tenaga, sistem paip jimat air dan bahan yang memantul haba.
UMUM
Merupakan pengukuran berimpak tinggi kepada semua lokaliti khususnya kepada PBT dalam memastikan perancangan perbandaran dirangka dengan mengambil kira ke semua kriteria di bawah RFN Ke-4.
UMUM
Indeks Kerapuhan Persisiran Pantai (CVI) adalah antara kaedah yang telah digunakan secara meluas bagi menilai tahap kerapuhan persisiran pantai. Keputusan CVI digunakan untuk menonjolkan faktor yang menyumbang kepada kerapuhan integriti dan kemerosotan daya tahan zon pantai. Di atas faktor ini, penggunaan CVI akan dapat membantu dalam proses penghasilan dasar dan strategi yang lebih objektif bagi memastikan kawasan persisiran pantai kekal dinamik.
UMUM