perkataan yang di cari : ''
Industri yang menggunakan bahan mentah dan menghasilkan bahan buangan serta pencemaran sama ada dalam bentuk pepejal, cecair dan gas. Ia mempunyai risiko yang tinggi dari segi kebakaran, letupan, pencemaran biologi serta risiko-risiko lain kepada alam sekitar.
FIZIKAL
Industri yang menghasilkan bahan pencemaran paling minimum yang menyumbang kepada pencemaran udara, bau, bunyi, gegaran, kebakaran dan letupan. Kebanyakan industri ini merupakan home-based industri yang dijalankan di kawasan perumahan atau dikaitkan dengan identiti masyarakat setempat.
FIZIKAL
Industri sokongan kepada satu industri induk. Contoh industri induk ialah industri pembinaan manakala industri hiliran pula seperti kilang simen, kilang kayu dan sebagainya.
FIZIKAL
Industri yang menghasilkan bahan pencemaran di samping penghasilan bunyi, gas serta asap yang paling minimum. Industri ini boleh ditempatkan berhampiran dengan kawasan kediaman atau kawasan pembangunan.
FIZIKAL
Industri yang menghasilkan bahan buangan, bunyi, bau serta gas di dalam proses pembuatan seharian. Di samping menghasilkan bahan cemar ia juga menggunakan bahan mentah yang dikategorikan sebahagian berbahaya. Ia perlulah ditempatkan agak jauh dari kawasan kediaman.
FIZIKAL
Kemudahan asas dan sistem yang digunakan bagi sesebuah negara, bandar atau kawasan termasuk perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan untuk ekonomi berfungsi. Ia biasanya bercirikan struktur teknikal seperti jalan, jambatan, terowong, empangan, pembentung, parit dan sebagainya. (f39)
FIZIKAL
Rangkaian yang dirancang dan diuruskan secara strategik yang terdiri daripada kawasan lapang, tanah semula jadi, habitat hidupan liar, taman, dan aset lain yang menyediakan perkhidmatan penting untuk masyarakat dengan memperkaya dan mengekalkan kualiti hidup mereka. Perancangan infrastruktur hijau mampu mengeksploitasi corak alam sekitar semula jadi bagi pembangunan tanah yang lebih baik.
ALAM SEKITAR
Tempat atau alat untuk memproses bahan-bahan buangan melalui proses pembakaran. (f40)
FIZIKAL
IoT adalah singkatan bagi Internet of Things atau Internet Pelbagai Benda (IPB) merupakan ‘teknologi’ iaitu kitaran teknologi digital di mana objek (things) berupaya menghantar data menggunakan peranti melalui internet untuk menjana maklumat serta pengetahuan baharu, seterusnya memberi nilai tambahan dalam meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup. Ianya merupakan jaringan benda fizikal yang dilengkapi sensor atau pengerak, perisian dan teknologi lain yang bertujuan untuk menyambungkan dan bertukar data dengan peranti lain atau sistem melalui internet.
UMUM
Terdiri daripada orang yang bersaudara dan atau tidak bersaudara yang biasa tinggal bersama dan membuat peruntukan yang sama untuk makanan dan keperluan hidup lain.
Ciri-ciri isi rumah adalah seperti berikut:
SOSIAL