perkataan yang di cari : ''

iv) Balai Polis Komuniti/Pondok Polis : Community Police Station

  • Kemudahan polis yang ditempatkan di setiap pusat petempatan dan taman perumahan utama yang mempunyai bilangan penduduk seramai 5,000 hingga 10,000 orang.
  • Kemudahan ini juga disediakan di dalam lingkungan kawasan bandar besar, pusat pengajian tinggi dan kawasan tumpuan orang ramai.



Kategori : SOSIAL
Sub Kategori : KEMUDAHAN

iv) Sekolah Pendidikan Khas : Special Education School

Kementerian Pendidikan Malaysia mentakrifkan Sekolah Pendidikan Khas disediakan kepada murid bermasalah penglihatan dan pendengaran.



Kategori : SOSIAL
Sub Kategori : KEMUDAHAN

Jadual Kelas Penggunaan Tanah dan Bangunan : Building and Land Use Class Table

Jadual di dalam suatu rancangan tempatan atau rancangan kawasan khas yang menentukan kelas penggunaan tanah dan bangunan bagi memperincikan penggunaan tanah yang dibenarkan, yang dibenarkan dengan syarat dan tidak dibenarkan. Ia hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

  • Jenis guna tanah;
  • Aktiviti yang dibenarkan;
  • Aktiviti yang dibenarkan dengan syarat;
  • Aktiviti yang tidak dibenarkan; dan lain-lain syarat/catatan.


  • Kategori : PERUNDANGAN
    Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Jalan : Road 

Termasuklah sesuatu jalan, medan, siar kaki atau jalan lalu, jalan susur, sama ada jalan tembus atau tidak, di mana orang berhak lalu, dan juga jalan di atas sesuatu jambatan, dan juga termasuklah sesuatu jalan, siar kaki atau jalan lalu, halaman terbuka atau jalan kecil terbuka, yang digunakan atau dicadang untuk digunakan sebagai suatu jalan masuk kepada dua buah pegangan atau lebih, sama ada orang ramai berhak lalu di atasnya atau tidak dan semua saluran, parit, longkang, dan tanah rizab di sisi mana-mana jalan hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada jalan itu. (f41)

Mana-mana jalan awam dan mana-mana jalan lain yang mana orang awam mempunyai akses dan termasuklah jambatan, terowong, hentian sebelah, kemudahan feri, jalan bertingkat, bulatan jalan, pulau lalu lintas, pembahagi jalan, segala lorong lalu lintas, lorong laju, lorong perlahan, bahu jalan, garis tengah, jejambat, jalan tembok, jalan tuju, landasan masuk dan keluar, plaza tol, kawasan khidmat dan struktur dan lekapan lain bagi memberi kesan sepenuh kepada penggunaannya. (f42 )


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : JALAN

Jalan Awam : Public Road

Mana-mana jalan yang di atasnya orang ramai ada hak lalu yang biasanya dibaiki atau diselenggara oleh pihak berkuasa tempatan sebelum mula berkuatkuasanya Akta Jalan, Parit dan bangunan 1974 [Akta 133] atau yang telah dipindahkan kepada atau yang telah diletak hak pada pihak berkuasa tempatan di bawah Akta 133 atau dengan apa-apa cara lain. (f43)


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : JALAN

Jalan Bandaran : City Road

Jalan yang diselenggara oleh pihak berkuasa tempatan termasuklah jalan-jalan yang dibina oleh pihak pemaju. (f44)


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : JALAN

Jalan Buntu/Mati : Cul-de-Sac

Jalan mati atau pusingan jalan. Ia juga berfungsi sebagai jalan tempatan bagi setiap unit kediaman. Kelebaran cul-de-sac yang sesuai adalah antara 12 – 15 meter (40 – 50 kaki) dengan panjang di antara 50 meter (170 kaki) hingga 150 meter (500 kaki) bergantung kepada jenis kediaman tertentu. (f45)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : JALAN

Jalan Lingkaran : Ring Road

Jalan utama yang dibuat untuk mengelilingi kawasan pusat bandar di samping dapat mengagihkan lalu lintas daripada memasuki pusat bandar. (f46)


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : JALAN

Jalan Negeri : State Road

Jalan yang dibina dan diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya Negeri untuk meningkatkan perhubungan dalam negeri. (f47)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : JALAN

Jalan Perhubungan Desa : Rural Connection Road

Jalan perhubungan yang menyambungkan antara sesebuah kampung dengan kampung yang lain atau menghubungkan kampung tertentu dengan jalan raya utama bagi memberikan keselesaan perhubungan dan jaringan jalan kepada masyarakat luar bandar seterusnya dapat meningkatkan kualiti hidup. (f48)


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : JALAN