perkataan yang di cari : ''

Jalan Perkhidmatan : Service Road

Jalan yang dikhaskan untuk memberi kemudahan dan perkhidmatan sampingan kepada pengguna di kawasan kediaman, kedai, pejabat dan sebagainya. Jalan ini juga merupakan jalan penghubung di antara jalan utama dengan jalan sampingan. (f53)


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : JALAN

Jalan Persekutuan : Federal Road

Jalan yang dibina dan diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya Persekutuan yang berfungsi untuk menghubungkan bandar utama dan pintu masuk negara atau negeri- negeri.
Lima (5) jenis jalan Persekutuan adalah:

  1. Jalan Persekutuan Utama;
  2. Lebuh raya bertol;
  3. Jalan Persekutuan FELDA;
  4. Jalan industri; dan
  5. Jalan masuk ke institusi Persekutuan. (f49)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : JALAN

Jalan Persendirian : Private Road

Mana-mana jalan yang bukan suatu jalan awam iaitu jalan yang tidak diserah atau diselenggara oleh pihak berkuasa tempatan atau agensi lain. (f50)


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : JALAN

Jalan Pintas : Bypass Road

Jalan pilihan yang disediakan di kawasan bandar untuk mengelakkan kesesakan jalan. (f51)


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : JALAN

Jalan Primer : Primary Road

Jalan utama di luar bandar dengan lebar minimum rezab adalah 40 meter. Di kawasan bandar ianya dikenali sebagai jalan pengumpul. (f52)


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : JALAN

Jalan Protokol : Protocol Road

Jalan protokol mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Melalui kawasan bandar.
  2. Menghubungkan premis kerajaan, istana, lapangan terbang.
  3. Mempunyai dual carriageway.
  4. Mempunyai landskap. (f54)


  5. Kategori : FIZIKAL
    Sub Kategori : JALAN

Jalan Sekunder : Secondary Road

Jalan utama di kawasan luar bandar dengan lebar minimum rizab adalah 25 meter. Di kawasan bandar ianya dikenali sebagai jalan tempatan. (f55)


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : JALAN

Jalan Tempatan : Local Road

Jalan perkhidmatan bagi setiap unit kejiranan. Kelebaran rizab jalan tempatan yang sesuai adalah antara 40 – 50 kaki bagi menampung permukaan jalan dua (2) lorong (2.75 meter setiap lorong), penyediaan parit (1 meter di kiri dan kanan) dan laluan pejalan kaki dan sikal serta ruang berlandskap (3.75 meter di kiri dan kanan). (f56)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : JALAN

Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar-Luar Bandar Malaysia : Malaysia Urban Rural National Indicators Network for Sustainable Development (MURNINets) :

MURNInets adalah satu sistem untuk mengukur dan menilai kemampanan sesuatu Kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui satu set penunjuk bandar yang ditetapkan.



Kategori : UMUM
Sub Kategori :

Jawatankuasa Perancang Negeri : State Planning Committee

Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 4, Akta Perancangan Bandar dan Desa [Akta 172] untuk menggubal dasar berkaitan pemeliharaan, pemajuan dan penggunaan tanah serta bangunan dalam negeri tersebut.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG