perkataan yang di cari : ''

Jawatankuasa Perancangan Wilayah : Regional Planning Committee

Suatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen 6A(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] oleh Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN), selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri, yang melibatkan dua Negeri atau lebih.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Jejak Karbon : Carbon Footprint

Jumlah pelepasan gas karbon daripada aktiviti individu, kumpulan, organisasi atau produk.


Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : GAS RUMAH KACA

Jejambat : Flyover

Jalan raya yang dibina merentasi atau melangkaui sebatang jalan lain seperti jambatan. (f59)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : JALAN

Jejantas : Bridge

Laluan di atas jalan raya untuk pejalan kaki melintas jalan. (f60)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : JALAN

Jenut : Salt Lick

Juga dikenali sebagai sira (salt lick) yang merupakan tempat di permukaan bumi yang mendapan garamnya atau luahan mata air garamnya dapat dijilat oleh hidupan liar bertujuan mendapatkan zat galian.



Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : HUTAN

Kacau Ganggu : Nuisance

Sesuatu perbuatan, peninggalan atau benda yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan bencana, kegusaran, kesalahan, kerosakan, bahaya atau kecacatan kepada deria penglihatan, bau atau pendengaran atau yang membencanakan atau berbahaya atau yang mungkin membencanakan atau berbahaya kepada kesihatan atau harta atau yang menjejas keselamatan atau hak penduduk umumnya.



Kategori : SOSIAL
Sub Kategori :

Kadaster : Cadaster :

Maklumat kerja ukur yang terdapat dalam rekod tanah.


Kategori : UMUM
Sub Kategori :

Kaedah-Kaedah : Rules

Satu bentuk perundangan kecil/subsidiari dibuat di bawah mana undang-undang bertulis. Kuatkuasa suatu kaedah-kaedah adalah sama seperti suatu peraturan atau undang-undang kecil tetapi ianya tidak boleh mengatasi Akta Parlimen (Akta Ibu).



Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Kaedah-Kaedah Kelas Kegunaan Tanah dan Bangunan : Land and Building Use Class Rules

Suatu perundangan subsidiari yang menetapkan mengenai kelas kegunaan tanah dan bangunan, bagi maksud memberikan kebenaran perancangan. Berkenaan dengan suatu pembangunan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, satu Kaedah-Kaedah (Perancangan) Wilayah Persekutuan (Kelas Kegunaan Tanah dan Bangunan) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2018 telah diwartakan di bawah seksyen 22, Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 [Akta 267].



Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Kaedah-Kaedah Mahkamah : Rules of Court

Kaedah-kaedah atau lain-lain perundangan kecil yang mengatur amalan dan cara sesuatu mahkamah atau mahkamah-mahkamah.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG