perkataan yang di cari : ''

Kafe Terbuka : Open Cafe

Restoran atau bar kecil yang mengambil sebahagian ruang pejalan kaki, balkoni bangunan, sebahagian rizab jalan, tapak awam atau kawasan terbuka persendirian untuk tujuan tempat berehat dan menyediakan kemudahan makanan yang lazimnya adalah makanan dan minuman ringan (light refreshment).



Kategori : EKONOMI
Sub Kategori : PERDAGANGAN

Kajian Kemungkinan : Feasibility Study :

Kajian awal ke atas sesuatu cadangan pembangunan, sebelum perancangan terperinci atau pembangunan dilaksanakan untuk melihat sama ada sesuatu projek itu berdaya untuk dilaksanakan, berdaya maju atau sebaliknya.


Kategori : UMUM
Sub Kategori :

Kaki Lima : Five Foot Way

Ruang lantai di antara depan (deretan) kedai atau rumah dengan tepi jalan ataupun ruang lantai yang beratap yang meng­hubungkan dua buah rumah. (f74)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori :

Kampung : Village

Sebuah petempatan tradisi di kawasan desa yang mempunyai ciri-ciri tradisional yang tinggi dari segi sosio budaya dan fizikal. (f68)


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : KAMPUNG

Kampung Atas Air : Water Village

Petempatan kampung yang terletak di atas air sama ada di sungai, tasik atau laut dan rumah-rumah dibina secara bertiang di atas air.

  1. Dihubung oleh jeti atau jambatan kayu.
  2. Pelbagai densiti mengikut lokasi.
  3. Pekerjaan adalah menangkap ikan, membuat perahu dan menjalankan aktiviti berasaskan hasil laut dan sungai.
  4. Di Negeri Selangor ianya juga dikenali sebagai Kampung Bagan. (f69)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : KAMPUNG

Kampung Baru : New Village

Petempatan kampung yang wujud pada masa darurat (1948-1960) bagi mengatasi masalah ancaman Komunis.

  1. Majoriti penduduk kaum Cina.
  2. Terletak di ladang getah, kawasan perlombongan bijih timah dan di sekitar bandar sedia ada.
  3. Corak petempatan adalah berpusat dan berbentuk grid iron. (f70)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : KAMPUNG

Kampung Nelayan : Fishing Village

Petempatan kampung yang terletak di kuala atau sepanjang sungai, di tepian pantai dan di pulau-pulau.

  1. Pekerjaan adalah menangkap ikan, membuat perahu dan menjalankan aktiviti berasaskan hasil laut dan sungai.
  2. Corak fizikal perkampungan nelayan dipengaruhi oleh faktor semula jadi seperti sungai, muara dan pantai.
  3. Keadaan kampung adalah padat. (f71)

  4. Kategori : FIZIKAL
    Sub Kategori : KAMPUNG

Kampung Tersusun : Planned Village

Kampung yang dirancang berasaskan beberapa sebab seperti penempatan semula kampung, pemberian tanah dan bencana alam.

  1. Susun atur kampung yang tersusun.
  2. Densiti rendah dan sederhana.
  3. Penduduk terlibat dalam pelbagai aktiviti ekonomi. (f72)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : KAMPUNG

Kampung Tradisional : Traditional Village

Wujud secara tidak dirancang atau organik.

  1. Kampung tradisional di bandar menampung bilangan penduduk yang tinggi dan majoriti terlibat dengan aktiviti perbandaran. Keadaan fizikal kampung kurang teratur dan sesak.
  2. Kampung tradisional di desa berdensiti rendah.
  3. Taburan petempatan dipengaruhi oleh aktiviti ekonomi setempat seperti pertanian, perlombongan dan sebagainya.
  4. Corak adalah berjajar atau berkelompok.
  5. Kampung tradisional juga boleh terdapat di pulau-pulau. (f73)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : KAMPUNG

Kaveat Amanah : Trust Caveat

Dimasukkan oleh Pendaftar bertujuan menjaga kepentingan pemegang amanah, orang atau badan berhubung dengan pemilikan tanah di bawah seksyen 333, Kanun Tanah Negara [Akta 828].


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG