perkataan yang di cari : ''

Kaveat Pendaftar : Registered Caveat

Adalah satu urusan iaitu halangan urusniaga ke atas tanah/ rumah. Mana-mana badan dan orang perseorangan boleh memohon urusan ini. Urusan ini akan didaftarkan dalam keadaan berikut:

  • Mencegah penipuan atau urusniaga yang tidak patut.
  • Melindungi kepentingan Kerajaan Persekutuan atau Pihak Berkuasa Negeri.
  • Melindungi kepentingan orang tidak sempurna akal, kanak-kanak bawah umur.
  • Berlaku kesalahan pendaftaran mana-mana hakmilik.


  • Kategori : PERUNDANGAN
    Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Kawalan Akses : Access Control

Hak tuan punya atau penghuni harta terhadap laluannya yang dikawal penuh oleh pihak berkuasa awam. Syarat ini juga termasuk rizab bekalan air dan elektrik. (f75)


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori :

Kawalan Ketinggian Bangunan : Building Height Control

Pengawalan ketinggian sesebuah bangunan untuk tujuan penyeragaman, keselamatan dan sebagainya. (f76)


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori :

Kawalan Perancangan : Planning Control

Proses untuk mengawal kegunaan dan pemajuan tanah serta bangunan di kawasan pihak berkuasa perancang tempatan berkait dengan kebenaran merancang seperti yang ditakrifkan di Bahagian IV, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] bagi memastikan pemajuan mematuhi rancangan pemajuan, dasar-dasar, peraturan, garis panduan perancangan dan apa-apa ketetapan perancangan yang lain.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Kawasan Hijau : Green Area

Kawasan yang diliputi dengan tumbuh-tumbuhan semulajadi atau tanaman. Ia terdiri daripada kawasan lapang, kawasan rekreasi, koridor infrastruktur dan utiliti, zon penampan, rizab hutan, kawasan belukar, perimeter planting dan kawasan halaman kediaman. Kawasan hijau berfungsi untuk meningkatkan kualiti alam sekitar serta nilai estetik bandar, meningkatkan peluang rekreasi dan meningkatkan potensi tarikan pelancongan.


Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : KAWASAN HIJAU

Kawasan Khas Sensitif kepada Pembangunan atau Aktiviti Khas :

KSAS lazimnya sensitif kepada pembangunan dan pencobohan akibat aktiviti manusia. Kesensitifan ini boleh membawa kesan buruk kepada KSAS dan juga manusia serta hidupan lain.



Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : KAWASAN PERLINDUNGAN

Kawasan Lapang : Open Space

Tanah atau suatu reruang khas yang telah dirizabkan atau tidak dirizabkan meliputi sebarang bentuk aktiviti rekreasi sama ada aktif atau pasif bagi mewujudkan persekitaran yang berkualiti, rendah karbon, mampan dan memberikan keselesaan serta selamat untuk dinikmati.



Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : KAWASAN HIJAU

Kawasan Pemajuan : Development Area

"Sesuatu kawasan yang dibangunkan menurut Bahagian VIII, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] meliputi semua lima (5) tindakan utama berikut:


Kategori :
Sub Kategori :

Kawasan Pengurusan Khas : Special Management Area

Kawasan-kawasan di banjaran utama di mana pembangunan aktiviti pertanian dan bandar yang berkaitan berkemungkinan dibenarkan. Merupakan kawasan yang wujudnya tumpuan petempatan manusia dan mempunyai perkhidmatan infrastruktur dan kemudahan asas.



Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : HUTAN

Kawasan Perlindungan : Protected Area

Kawasan tanah dan laut yang didedikasikan untuk perlindungan dan pemeliharaan kepelbagaian sumber semula jadi dan kebudayaan yang berkenaan, serta diuruskan secara menyeluruh. Istilah kawasan perlindungan dirujuk kepada kawasan tanah tinggi, kawasan air tawar dan kawasan laut.



Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : KAWASAN PERLINDUNGAN