perkataan yang di cari : ''
Bahagian kawasan daripada mana-mana lot yang akan diliputi oleh bangunan.
PERUNDANGAN
Suatu kawasan khas yang sangat sensitif kepada sebarang bentuk perubahan kepada ekosistemnya akibat proses alam semula jadi atau aktiviti di dalam atau di sekitarnya, sama ada secara langsung atau tidak langsung, di mana tahap kesensitifannya ditentukan berasaskan pengintegrasian cirian unsur-unsur fungsi risiko bencana, nilai sokongan hidup serta nilai khazanah dan warisan kawasan tersebut.()
ALAM SEKITAR
Kawasan di mana air hujan mengalir ke dalam satu kawasan badan air seperti sungai, empangan, tanah lembap atau laut. Terdiri daripada dua (2) jenis iaitu kawasan tadahan empangan dan kawasan takat pengambilan air yang berkemungkinan terletak di sepanjang sungai jauh ke hilir empangan.
ALAM SEKITAR
Kawasan pembangunan sedia ada yang terdiri daripada perumahan, perniagaan, perindustrian, institusi, kemudahan awam dan infrastruktur. (f77)
FIZIKAL
Kebenaran yang diberikan, dengan atau tanpa syarat, untuk menjalankan pemajuan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172].
PERUNDANGAN
Merupakan permohonan kebenaran merancang seperti yang dinyatakan mengikut seksyen 21, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] dengan mengambil kira peruntukan perenggan 22(5)(a), Akta 172 di mana syarat menetapkan kebenaran merancang hanya diberikan untuk suatu tempoh yang terhad sahaja. Setelah tamat tempoh kebenaran merancang tersebut, penggunaan tanah atau bangunan itu hendaklah dikembalikan semula kepada kegunaan asalnya.
PERUNDANGAN
Kapasiti untuk belajar dari pengalaman bencana yang lepas dan mampu membuat tindakan pembetulan kesan daripada bencana tersebut seperti memperketat lagi peraturan pembinaan bangunan, kelulusan perancangan mengambil kira situasi bencana seperti kawasan plinth, plot ratio dan sebagainya.
ALAM SEKITAR
Aktiviti menghasilkan, memproses, memasarkan produk pertanian dan ternakan di dalam kawasan bandar. Kebun bandar/kebun komuniti diusahakan oleh individu atau komuniti setempat.
SOSIAL
Artificial Intelligence atau kecerdasan buatan (AI) melibatkan inovasi aspek perkomputeran atau teknologi yang merujuk kepada simulasi kecerdasan manusia yang diprogramkan untuk berfikir seperti manusia dan meniru tindakan mereka. Istilah ini juga boleh digunakan untuk mana-mana mesin yang mempamerkan ciri-ciri yang berkaitan dengan minda manusia seperti pembelajaran dan penyelesaian masalah serta meniru kemampuan manusia melibatkan persepsi visual, pengecaman pertuturan, membuat keputusan dan terjemahan antara bahasa.
UMUM
Tempat tinggal termasuklah sesebuah bangunan, rumah sewa yang digunakan kesemuanya atau sebahagian besarnya dibina atau dipadankan untuk digunakan sebagai kediaman manusia. (f78)
FIZIKAL