perkataan yang di cari : ''

Kejiranan Hijau : Green Neighbourhood

Suatu kawasan kejiranan yang dirancang secara bersepadu dengan memberi keutamaan kepada perlindungan dan penggunaan sumber semula jadi, aplikasi teknologi hijau, amalan hijau dan kitar semula yang bertujuan untuk memelihara alam sekitar, meningkatkan kesihatan awam, keselamatan dan kebajikan umum penduduk bandar.(f97)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : KONSEP PERANCANGAN

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) : Gross Domestic Product

Jumlah nilai barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam tempoh tertentu selepas ditolak kos barang dan perkhidmatan yang digunakan dalam proses pengeluaran. Nilai ini merupakan nilai sebelum ditolak nilai peruntukan bagi modal tetap iaitu jumlah nilai ditambah dengan duti import. KDNK ini juga bersamaan dengan perbelanjaan ke atas KDNK (pada harga pembeli) iaitu jumlah bagi semua komponen perbelanjaan akhir ke atas barangan dan perkhidmatan ditolak dengan import barangan dan perkhidmatan.


Kategori : EKONOMI
Sub Kategori :

Kemudahan : Facility

Kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan atau swasta untuk kegunaan orang ramai.


Kategori : SOSIAL
Sub Kategori : KEMUDAHAN

Kemudahan Bomba dan Penyelamat : Fire and Rescue Services

Fungsi dan peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berdasarkan peruntukan Akta Perkhidmatan Bomba 1998 [Akta 341]. Penyediaan perkhidmatan bomba di peringkat negeri dan daerah disalurkan melalui empat (4) kategori iaitu:

  1. Balai Bomba Kategori A
    -Disediakan di bandar utama, ibu negeri, pusat perindustrian utama, perindustrian berisiko tinggi, pusat perdagangan utama dan pusat strategik Kerajaan.
    -Kemudahan ini perlu disediakan untuk penduduk tadahan seramai 100,000 orang.
  2. Balai Bomba Kategori B
    - Disediakan di kawasan pinggiran bandar utama/ibu negeri, kawasan pelabuhan, lapangan terbang utama serta sempadan utama negeri.
    - Jumlah minimum penduduk tadahan adalah seramai 50,000 hingga 100,000 orang.
  3. Balai Bomba Kategori C
    - Perlu disediakan di kawasan luar bandar, Bandar Diraja, pulau, pergunungan peranginan, pekan dan daerah pentadbiran baru.
    - Keperluan kemudahan ini perlu disediakan mengikut penduduk tadahan seramai 50,000 orang.
  4. Balai Bomba Kategori D
    - Perlu disediakan di kawasan luar bandar, Bandar Diraja, pulau, pergunungan peranginan dan pekan.
    - Kemudahan ini perlu disediakan mengikut penduduk tadahan seramai 20,000 hingga 30,000 orang.


Kategori : SOSIAL
Sub Kategori :

Kemudahan Keagamaan : Religious Facilities

Kemudahan untuk beribadat, ceramah agama dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan keagamaan seperti masjid, tokong, kuil dan wat Siam.


Kategori : SOSIAL
Sub Kategori : KEMUDAHAN

Kemudahan Kebajikan : Welfare Facilities

Kemudahan kebajikan dikategorikan kepada tiga (3), iaitu Pusat Aktiviti Kanak-Kanak, Pusat Aktiviti Warga Emas dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)


Kategori : SOSIAL
Sub Kategori : KEMUDAHAN

Kemudahan Keselamatan - Polis : Security Facilities - Police

Terdapat lima (5) kategori kemudahan keselamatan polis iaitu:

  1. Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) : Contingent Headquarter
    • Hierarki tertinggi kemudahan polis bagi penyediaan pada peringkat Negeri.
    • Sebuah IPK bagi setiap ibu negeri.



Kategori : SOSIAL
Sub Kategori : KEMUDAHAN

Kemudahan Kesihatan : Health Facilities

"Terbahagi kepada kemudahan perkhidmatan kesihatan primer, sekunder dan tertier.

  • Perkhidmatan kesihatan primer merupakan kontak pertama pesakit dengan perkhidmatan kesihatan bagi kes-kes selain kecemasan. Ia disediakan di klinik kesihatan, klinik desa, klinik ibu dan anak serta klinik bergerak.
  • Rawatan sekunder hanya diberi di hospital sama ada mempunyai pakar atau tanpa pakar.
  • Hanya hospital yang mempunyai pakar sahaja akan memberikan rawatan tertier (tertiary treatment).
"


Kategori : SOSIAL
Sub Kategori : KEMUDAHAN

Kemudahan Masyarakat : Public Facility

Kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan oleh agensi-agensi berkaitan yang bertanggungjawab dalam penyediaanya, sama ada awam mahupun swasta, atau kedua-duanya sekali, untuk orang ramai atau masyarakat tempatan bagi meningkatkan kualiti kehidupan dan kesejahteraan.


Kategori : SOSIAL
Sub Kategori : KEMUDAHAN

Kemudahan Pendidikan : Educational Facilities

Kemudahan pendidikan terbahagi kepada lima (5) kategori iaitu:


Kategori : SOSIAL
Sub Kategori : KEMUDAHAN