perkataan yang di cari : ''

Kerja Perindustrian : Industrial Operation

Termasuk penggunaan mana-mana tanah atau bangunan untuk menjalankan apa-apa perkilangan, reka bentuk, pembaikan, pemasangan, proses pembungkusan, pemprosesan produk pertanian, mengadakan kawasan bagi penyimpanan bahan atau benda, atau apa-apa aktiviti perindustrian lain. (f82)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori :

Kerja Perlombongan : Mining Operation

Termasuk apa-apa perbuatan mengeluarkan, memindahkan atau mengangkut:

  1. bahan batuan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Kanun Tanah Negara [Akta 828]; atau
  2. mineral sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994 [Akta 525] atau undang-undang negeri yang mengawal selia mineral, mengikut mana-mana yang berkenaan.



Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : MINERAL

Kerja Tanah : Earthwork

Kerja yang berkaitan dengan perbuatan mengorek, merata, menimbus dengan apa-apa bahan, atau menebang pokok atas mana­-mana tanah atau perbuatan lain yang menyentuh dan mengganggu mana-mana tanah. (f83)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori :

Kerjasama Awam Swasta : Public Private Partnership (PPP)

Pelaksanaan projek secara Kerjasama Awam Swasta (PPP) terbahagi kepada dua (2) iaitu Inisiatif Pembiayaan Swasta (Private Finance Initiative – PFI) atau Penswastaan. Kaedah PPP ini bertujuan untuk memacu pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan sektor swasta di samping mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan serta mencapai tahap kecekapan dan keberkesanan dalam ekonomi melalui penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti dan berdaya saing oleh pihak swasta.
Terdapat tiga (3) kaedah pembiayaan di bawah PFI iaitu Build-Lease-Transfer (BLT), Build-Lease-Maintain-Transfer (BLMT) dan Build-Lease-Maintain-Operate-Transfer (BLMOT), manakala kaedah pembiayaan di bawah kategori penswastaan termasuklah penjualan ekuiti/aset, pajakan, usaha sama dan pertukaran tanah.


Kategori : EKONOMI
Sub Kategori :

Kesan Pulau Haba : Heat Island Effect

Suatu fenomena perbezaan suhu yang ketara berlaku antara kawasan bandar dan luar bandar akibat daripada aktiviti manusia.



Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : GAS RUMAH KACA

Kitar Semula : Recycle

Merujuk kepada meletakkan sesuatu dalam kitaran. Aktiviti mengitar semula dengan mengasingkan sisa dan kemudian menyalurkannya kepada organisasi atau kilang-kilang yang berkaitan. Ia juga termasuk upcycling mewakili pelbagai proses yang mana produk "lama" boleh diubah suai dan menjadi produk "baharu" dengan nilai lebih daripada nilai asal jumlah semua komponennya.



Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : KITAR SEMULA

Klinik Kesihatan/Poliklinik : Polyclinic

Klinik yang memberi perkhidmatan asas seperti rawatan kuratif, pencegahan dan pemulihan.



Kategori : SOSIAL
Sub Kategori : KEMUDAHAN

Kolam Oksidasi : Oxidation Pond

Kolam pengumpulan atau pemprosesan air buangan juga dikenali sebagai kolam pengoksidaan atau penstabilan. (f87)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : KOLAM

Kolam Tadahan : Detention Pond

Sebuah kolam yang digunakan untuk menahan air, bagi beberapa jam supaya saliran perparitan dan sungai sempat mengalirkan air larian (water surface run-off) ke lautan. Ianya berfungsi untuk mengatasi masalah banjir dan juga sebagai kolam penapis kelodak dan juga tempat beriadah. Penyediaan kolam tadahan di kawasan pembangunan merupakan satu langkah mampan untuk mengatasi masalah banjir yang boleh mengakibatkan kerosakan harta benda dan bencana. (f84)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : KOLAM

Kolam Takungan : Retention Pond

Kolam yang sentiasa menakung air yang terdiri daripada kolam semula jadi atau buatan manusia dengan tumbuh-tumbuhan di sekelilingnya. Ia berfungsi untuk menakung air hujan dalam kuantiti yang banyak serta menguruskan air larian daripada berlakunya banjir, kawalan hakisan dan juga meningkatkan kualiti air. (f85)


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : KOLAM