perkataan yang di cari : ''

Komersial : Commercial

Berkaitan dengan atau bersifat perdagangan.


Kategori : EKONOMI
Sub Kategori :

Kompleks Perniagaan : Shopping Complex/Mall

Satu pusat pembangunan perniagaan yang dibangunkan secara komprehensif di mana merangkumi pelbagai jenis ruang perniagaan seperti pusat membeli-belah (mall), butik, arked, bazar, studio fesyen, restoran, medan selera, pejabat, hotel dan sebagainya.


Kategori : EKONOMI
Sub Kategori : PERDAGANGAN

Komunikasi : Communication :

Aktiviti yang menyediakan perkhidmatan komunikasi dan aktiviti berkaitan seperti transmisi suara, data, teks, audio dan video.


Kategori : UMUM
Sub Kategori :

Komuniti : Community

Sekumpulan manusia yang menetap dalam sebuah kawasan geografi berkongsi ciri-ciri kepercayaan, budaya, nilai, norma yang sama. Dihubungkan oleh struktur sosial yang terbina merentasi masa.


Kategori : SOSIAL
Sub Kategori : KOMUNITI

Komuniti Berpagar : Gated Community

Satu kumpulan komuniti yang tinggal di kawasan berpagar dan berpengawal sama ada di satu kawasan bangunan perumahan berbilang tingkat (high-rise property) seperti pangsapuri, kondominium dan town-house atau di kawasan kediaman bertanah (landed property) seperti banglo, teres dan rumah berkembar yang berhakmilik strata.



Kategori : SOSIAL
Sub Kategori : KOMUNITI

Komuniti Berpengawal : Guarded Community

Satu kumpulan komuniti yang tinggal di kawasan kediaman terkawal secara keseluruhan atau sebahagian di dalam skim-skim perumahan sedia ada di mana pegangan tanah adalah berhakmilik individu (bukan hak milik strata) setelah mendapat kelulusan daripada PBT. Skim komuniti berpengawal menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan sama ada mempunyai pondok pengawal atau tidak.



Kategori : SOSIAL
Sub Kategori : KOMUNITI

Konsesi : Concession

Hak atau keizinan yang diberikan kepada syarikat dan lain-lain untuk menggunakan sesuatu kawasan bagi tujuan melombong, membalak, operasi lebuhraya dan lain-lain.
Terma dan syarat keizinan tersebut adalah ditentukan oleh perjanjian konsesi dan kebiasaannya mempunyai tempoh tertentu.


Kategori : EKONOMI
Sub Kategori :

Konurbasi : Conurbation

Kawasan pertumbuhan perbandaran ekonomik yang merangkumi bandar raya, bandar-bandar utama dan juga kawasan perbandaran yang bercantum secara fizikal, mempunyai hubungan ekonomi dan mengalami pertumbuhan penduduk bagi membentuk satu kawasan tepu bina yang membangun secara berterusan. (f100)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : KONSEP PERANCANGAN

Koridor dan Hab Pembangunan Transit : Transit Development Hub and Corridor

Koridor sepanjang jaringan cadangan rel nasional iaitu High Speed Railway (HSR), Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan Electric Train Service (ETS) antara bandar Semenanjung Malaysia. Hab merujuk kepada bandar-bandar dengan stesen utama sepanjang jaringan rel tersebut di atas, di mana bandar-bandar ini berpotensi menjadi hab pembangunan berorientasikan transit. (f101)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : KORIDOR

Koridor Industri Utama : Major Industrial Corridor

Ekonomi industri penting (key economy) yang merupakan antara penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi daerah. (f102)


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : KORIDOR