perkataan yang di cari : ''
Tanah awam, tanah lapang, tanah persendirian di luar rizab sungai (kelebaran dalam lingkungan 50 meter).
ALAM SEKITAR
Kawasan untuk mendapatkan bahan batuan seperti granit, batu kapur dan sebagainya. (f104)
FIZIKAL
Apa-apa lepasan cecair yang mengandungi kumuhan manusia, haiwan atau bahan nabati dalam bentuk terampai atau larutan yang diperoleh daripada aktiviti domestik dan terhasil dari premis rumah, komersial, institusi dan industri termasuk lepasan cecair dari tandas, besen, singki, bilik air dan apa-apa perkakas kebersihan lain tetapi tidak termasuk air hujan dan efluen terlarang.
ALAM SEKITAR
Air sisa yang dibuang dari tempat kediaman, dari tandas awam, dari mesin cuci, dari tandas, dapur dan kantin yang terletak di bangunan komersial, institusi dan perindustrian, dan dari hospital dan restoran. Air buangan daripada proses berkaitan dengan pembuatan yang sesuai diproses terlebih dahulu sehingga ciri pencemarnya serupa dengan kumbahan yang tidak dirawat juga boleh dipertimbangkan di dalam definisi ini.
ALAM SEKITAR
Diperuntukkan dalam seksyen 132, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] bagi pihak berkuasa tempatan.
PERUNDANGAN
Rangkaian turbin angin yang berada di lokasi yang sama untuk menghasilkan tenaga elektrik daripada tenaga angin. (f107)
FIZIKAL
Kawasan yang ditanam dengan pokok atau tumbuh-tumbuhan hutan sama ada dari spesies tempatan atau eksotik dengan kaedah tanaman secara terbuka yang luasnya tidak kurang daripada 50 hektar.
ALAM SEKITAR