perkataan yang di cari : ''

Ladang Solar : Solar Farm

Suatu tapak atau kawasan, sama ada di atas permukaan tanah atau di atas permukaan air (solar terapung), yang menempatkan sistem solar photovoltaic berskala besar bagi tujuan pembekalan tenaga elektrik berorientasikan komersial kepada rangkaian grid elektrik nasional dengan kapasiti penghasilan tenaga elektrik yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Tenaga. (f108)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori :

Lagun : Lagoon

Merupakan persekitaran laut cetek yang terletak di antara pesisir daratan dengan pulau penghalang atau beting offshore yang terdiri daripada pasir. Lagun banyak dijumpai di kawasan seperti paya di tepi pantai. Lagun biasanya selari dengan pulau penghalang.


Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : KUMBAHAN

Laluan : Path

Laluan pejalan kaki, laluan transit, terusan dan jalan kereta api di bandar. Laluan juga menjadi identiti dan digunakan sebagai penunjuk arah serta bersambungan di antara satu sama lain. Persekitaran yang wujud dalam bandar adalah terbentuk berdasarkan laluan-laluan di bandar. (f24)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : ELEMEN IMEJ BANDAR

Laluan Air : Waterways

Badan air yang biasanya mengalir di sesuatu alur permukaan semula jadi.



Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : BADAN AIR

Laluan Kemudahan Utiliti : Common Utility Trench

Laluan/ruang/terowong khas yang disediakan untuk menempatkan kemudahan utiliti yang dikongsi bersama oleh agensi perkhidmatan utiliti. Ia boleh digunakan bagi menempatkan utiliti seperti kabel elektrik, paip air, kabel komunikasi, paip gas, paip pembentungan dan sebagainya. (f106)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori :

Laluan Pejalan Kaki : Pedestrian Walkway

Lorong pejalan kaki yang terdapat di kawasan perumahan atau luar bandar dan tidak semestinya berturap. Lorong ini merupakan salah satu kemudahan yang disediakan untuk tujuan keselesaan dan keselamatan pengguna. (f61)


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : JALAN

Laluan Rentis : Transmission Line

Talian penghantaran elektrik. (f105)


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori :

Landskap : Landscape

Suatu pemandangan luaran atau permukaan bumi yang dihasilkan daripada keadaan semula jadi atau binaan. Landskap juga merupakan seni taman yang memaparkan ciri-ciri pemandangan alam dan satu bidang seni kreatif untuk mengolah pemandangan di atas muka bumi dengan menggunakan unsur-unsur asli dan binaan supaya ia lebih berfungsi dan menarik. Penyediaan unsur-unsur asli itu terdiri daripada landskap lembut seperti tumbuh-tumbuhan, air dan rupa bumi. Penyediaan unsur-unsur binaan pula merupakan landskap kejur yang meliputi struktur dan bangunan buatan manusia yang menjadi keperluan pengguna.


Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : LANDSKAP

Landskap Jalan : Streetscape

Ciri-ciri yang membezakan jalan tertentu yang berbeza dari segi kelebaran, darjah kelengkungan, membuka bahan-bahan, reka bentuk perabot jalan dan bentuk bangunan-bangunan sekitar.



Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : LANDSKAP

Landskap Kejur : Hard Landscape

Seni taman atau landskap yang terdiri daripada unsur binaan ciptaan manusia seperti kerusi, lampu, tempat sampah, papan tanda, laluan pejalan kaki dan sebagainya untuk tujuan keindahan dan memenuhi keperluan pengguna.



Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : LANDSKAP