perkataan yang di cari : ''
Seni taman atau landskap yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, pokok hiasan, tasik atau kolam takungan air. Landskap lembut ini melibatkan sumber semula jadi yang boleh diolah untuk tujuan keindahan dan memenuhi keperluan manusia.
ALAM SEKITAR
Ruang pemisah antara deretan bangunan mengikut jenis pembangunan. Contohnya, rumah teres setiap satu blok tidak melebihi daripada 16 unit rumah dan mesti disediakan rizab langkau api.
PERUNDANGAN
Menurut subseksyen 24(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] pihak berkuasa perancang tempatan boleh memberi tempoh lanjutan atau tempoh lanjutan tambahan kepada kebenaran merancang yang luput tempoh dengan mengenakan fi tertentu.
PERUNDANGAN
Dokumen yang menerangkan penemuan analisis kajian berserta unjuran sektoral selaras dengan keperluan matlamat, objektif dan skop kajian serta disediakan dengan menggunakan teknik-teknik analisis yang telah ditentukan. Hasil laporan ini akan digunakan sebagai asas penyediaan Draf Rancangan Tempatan (RT).
UMUM
Merupakan laporan yang disediakan sebaik sahaja kajian bermula yang;
UMUM
Laporan mengenai sesuatu cadangan pembangunan yang hendak dicadangkan dan dibuat kepada pihak berkuasa perancang tempatan serta perlu mengikut bentuk, mengandungi butir-butir dan disertakan dengan dokumen, pelan dan bayaran yang telah ditetapkan di bawah subseksyen 21A(l), Akta 172.
UMUM
Merupakan laporan yang mengandungi hasil siasatan dan syor JKSTP terhadap semua representasi yang diterima. Laporan JKSTP perlu diangkat kepada Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) bersama draf rancangan struktur yang telah dipinda berdasarkan syor JKSTP atau DRS sedia ada untuk keputusan JPN. Kandungan laporan ini adalah;
UMUM
Dokumen yang menjelaskan keperluan yang digariskan dalam terma rujukan. Ia mengandungi perincian mengenai pendekatan dan metodologi kajian, teknik-teknik pengumpulan data, teknik-teknik analisis, program kajian dan cadangan kos perbelanjaan.
UMUM
Merupakan dokumen sokongan yang disediakan oleh Pasukan Teras kajian RS. Laporan ini disediakan bertujuan sebagai laporan maklumbalas publisiti dan representasi bagi membantu Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran (JKSTP) mendengar setiap bantahan dan representasi yang dibuat dalam tempoh yang ditetapkan. Laporan ini disediakan untuk dikemukakan bersama DRS untuk pertimbangan JPN sebelum melulus atau menolak DRS yang disediakan. Kandungan utama laporan ini adalah;
UMUM
Merupakan dokumen sokongan yang disediakan oleh Pasukan Teras kajian RS. Laporan ini bertujuan membantu Pengarah Negeri menimbangkan setiap representasi yang diterima daripada orang awam yang telah membuat representasi daripada publisiti Laporan Tinjauan subseksyen 9(1), Akta 172 dalam tempoh yang ditetapkan. Kandungan utama laporan ini adalah;
UMUM