perkataan yang di cari : ''

Laporan Rangka Projek (LRP) : Project Framework Report :

Satu dokumen yang menerangkan rangka kerja dan latar belakang serta justifikasi penyediaan Draf Rancangan Tempatan. Ia disediakan bagi tujuan pandu arah di dalam program publisiti.


Kategori : UMUM
Sub Kategori :

Laporan Teknikal : Technical Report :

Laporan teknikal ini memaparkan penemuan-penemuan data primer dan sekunder yang diperolehi melalui kaji selidik dan kajian literatur (ilmiah) mengikut sektoral. Perkara asas yang diperlukan dalam laporan ini adalah:

  • Analisis keadaan semasa (dasar-dasar, penemuan kajian);
  • Isu dan prospek pembangunan; dan
  • Unjuran dan keperluan sektoral.


Kategori : UMUM
Sub Kategori :

Laporan Tinjauan : Survey Report :

Merupakan laporan yang;
- Mengemukakan penemuan utama berdasarkan analisis yang telah dijalankan di dalam Laporan Teknikal bagi tujuan pengesahan semasa publisiti awam; mengemukakan unjuran serta kedapatan dan kesesuaian tanah untuk perancangan pembangunan sehingga tahun perancangan;
- Menetapkan matlamat dan objektif pembangunan negeri;
- Mengemukakan cadangan konsep dan strategi pembangunan bagi menentukan hala tuju pembangunan masa hadapan; dan
- Membolehkan pihak awam memeriksa laporan seterusnya mengemukakan pandangan berkaitan penemuan, unjuran dan strategi pembangunan yang dicadangkan semasa publisiti awam. Laporan ini perlu melalui proses publisiti bagi memberi peluang kepada pihak awam untuk mengemukakan pandangan dan cadangan.


Kategori : UMUM
Sub Kategori :

Latar Langit : Skyline

Pemandangan keseluruhan atau sebahagian bangunan tinggi dan struktur bandar terdiri daripada banyak pencakar langit di hadapan langit sebagai latar belakang. (f109)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori :

Lebuh Hias : Boulevard

Reka bentuk jalan yang besar biasanya jalan utama yang dihiasi dengan elemen landskap dan perabot jalan yang menarik. (f62)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : JALAN

Lebuh Raya : Highway

Jalan raya utama antara negeri yang menghubungkan ibu kota, ibu negeri dan laluan masuk/keluar ke Malaysia dengan kawalan separa. Ia melengkapi rangkaian lebuh raya ekspres. Lebar minimum rizab adalah 60 meter bagi kawasan luar bandar dan 65 meter bagi kawasan bandar. (f63)


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : JALAN

Lebuh Raya Ekspres : Expressway

Lebuh raya dengan laluan keluar masuk berkawalan penuh yang dilengkapi dengan persimpangan bertingkat. Lebar minimum rizab adalah 60 meter bagi kawasan luar bandar dan 65 meter bagi kawasan bandar. (f64)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : JALAN

Lebuh Raya Hijau : Green Highway

Merupakan lebuh raya yang mesra alam sekitar di mana dari segi reka bentuk, perancangan, pembinaan dan penyelenggaraan bertujuan untuk memulihara kemampanan ekologi dan pengangkutan. (f65)


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : JALAN

Lembaga Rayuan : Appeal Board

Badan ini berfungsi untuk memberi peluang kepada seseorang yang tidak berpuas hati atau terkilan di bawah subseksyen 23(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] terhadap sesuatu keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa perancang tempatan mengenai permohonan kebenaran merancang agar dapat dipertimbangkan semula keputusan tersebut. Terdapat hanya satu Lembaga Rayuan bagi setiap negeri.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Lembangan Sungai : River Basin

Kawasan tanah yang dari mana semua air larian permukaan mengalir melalui suatu urutan sungai, alur atau tasik dan berakhir ke laut melalui satu muara sungai atau delta.()



Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : SUNGAI