perkataan yang di cari : ''

Lot Kecil : Small Lot

Lot yang pelbagai bentuk dan tidak ekonomik berkeluasan di antara 0.07 ekar (3,200 kaki persegi) hingga 3 ekar (130,680 kaki persegi). Bagi lot yang berbentuk segi empat mempunyai nisbah bukaan sisi yang kurang daripada nisbah 1:5. (f118)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : LOT

Lot Lidi :

Lot yang berkeluasan 5 ekar dan ke bawah, berbentuk segi empat dengan nisbah 1:5 atau lebih dan panjang maksimum salah satu sisi adalah 80 kaki. (f119)


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : LOT

Lot Tepi : Corner Lot

Lot paling tepi dalam barisan pecahan lot yang bersempadankan jalan tempatan yang lebarnya antara 40 kaki atau 50 kaki. Lot ini lazimnya lebih besar daripada saiz lot tengah. (f120)


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : LOT

Luas Lantai : Floor Area

Jumlah luas ruang lantai dalam suatu bangunan, sebagaimana yang diukur dari sebelah dinding atau, dalam hal dinding kongsi, diukur dari tengah-tengah dinding itu.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Lubang Benam : Sink Hole

Lubang yang terbentuk di permukaan tanah akibat batuan dasarnya dilarutkan oleh air. Saiz dan kedalamannya pelbagai dari satu (1) meter hingga beberapa puluh meter. Ia terbentuk bermula dari pembentukan lohong atau gua di bawah tanah di kawasan yang lazimnya didasari oleh batu kapur.



Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : BENCANA

Luput Kebenaran Merancang : Lapse of Planning Permission

Tempoh luput kebenaran merancang yang diberikan di bawah subseksyen 22(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] adalah 12 bulan selepas tarikh ia diberikan. Sekiranya dalam masa itu pemajuan belum dimulakan secara yang ditentukan dalam kebenaran merancang, maka selepas tempoh tersebut kebenaran merancang dianggap luput.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) : State Executive Council

Majlis Mesyuarat Kerajaan yang ditubuhkan bagi sesebuah negeri menurut Perlembagaan Negeri itu.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan : National Council for Local Government

Suatu Majlis yang terdiri daripada seorang Menteri sebagai Pengerusi, seorang wakil tetap dari setiap Negeri yang dilantik oleh Raja/Yang di-Pertua Negeri, dan apa-apa bilangan wakil (tidak melebihi 10 orang), Kerajaan Persekutuan, untuk membentuk dari semasa ke semasa, suatu dasar negara untuk memajukan, membangunkan dan mengawal kerajaan tempatan di seluruh Persekutuan, dan untuk mentadbirkan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengannya; dan kerajaan-kerajaan Persekutuan dan Negeri hendaklah mengikuti dasar yang dibentuk sedemikian.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Majlis Penuh : Full Council

Mesyuarat yang diketuai oleh Yang Dipertua dan dianggotai oleh orang-orang yang dilantik untuk menjadi Ahli Majlis.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Majlis Perancang Fizikal Negara : National Physical Planning Council

Majlis yang ditubuhkan di bawah seksyen 2A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]. Ianya berfungsi untuk menggalakkan perancangan bandar dan desa di dalam negara melalui rangka dasar dan menasihati kerajaan Persekutuan atau kerajaan mana-mana Negeri berhubung dengan perancangan bandar dan desa. Majlis ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri, dan dianggotai oleh Menteri-Menteri yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa, Menteri/Ketua Menteri tiap-tiap negeri, dan Setiausahanya ialah Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG