perkataan yang di cari : ''
Manusia dilihat sebagai modal yang dinamakan ‘modal insan’ dan merupakan aset tenaga yang sungguh penting dan bermakna kepada kegiatan ekonomi pembangunan negara.
SOSIAL
Merupakan pautan, nilai-nilai bersama dan persefahaman dalam komuniti yang membolehkan individu dan kumpulan saling mempercayai.
SOSIAL
Model Kaedah ramalan untuk menentukan unjuran penduduk masa hadapan di mana penduduk dikemas kini berdasarkan bilangan kelahiran, kematian dan migrasi penduduk.
UMUM
Kerja seni bina, kerja membuat arca dan mengecat monumen, elemen atau struktur daripada jenis arkeologi, inskripsi, penghunian gua dan gabungan ciri yang mempunyai nilai sejagat yang menonjol daripada pandangan sejarah, seni atau sains. (f122)
FIZIKAL
Berkaitan dengan bentuk dan struktur sungai yang mempengaruhi biologi, organisma kehidupan dan alam sekitar sungai.()
ALAM SEKITAR
Mana-mana kawasan yang ditubuhkan dengan berpatutan sebagai satu mukim di bawah peruntukan-peruntukan seksyen 11 atau, menurut kuasa seksyen 442, Kanun Tanah Negara [Akta 828] adalah disifatkan sebagai satu mukim yang ditubuhkan sedemikian.
PERUNDANGAN
Konsep reka bentuk alam bina bagi meningkatkan kualiti dan taraf hidup penduduk dengan mewujudkan tempat-tempat yang sesuai dan mampan untuk didiami. Konsep ini menekankan kepada perubahan reka bentuk bandar yang mengutamakan pejalan kaki dan mengandungi pelbagai jenis rumah dan pekerjaan.
New Urbanism menggalakkan kepelbagaian, walkable, padat, vibrant, komuniti bercampur yang mengandungi komponen yang sama seperti pembangunan konvensional tetapi direka bentuk secara bersepadu dalam komuniti yang lengkap.
Ianya mengandungi perumahan, tempat kerja, kedai, hiburan, sekolah, taman, dan kemudahan sivik yang penting untuk kehidupan harian penduduk dan sediakan dalam jarak berjalan kaki antara satu sama lain. Konsep New Urbanism termasuklah walkability, connectivity, kegunaan bercampur, kepelbagaian, perumahan bercampur, seni bina dan reka bentuk bandar berkualiti, struktur kejiranan tradisional, tambahan kepadatan, pengangkutan pintar, kemampanan dan kualiti hidup. (f99)
FIZIKAL
KSAS nilai sokongan hidup ditakrifkan sebagai kawasan yang mempunyai ciri-ciri yang penting untuk menyokong keperluan asas manusia dan hidupan lain.
ALAM SEKITAR
KSAS nilai warisan ditakrifkan sebagai kawasan yang mempunyai nilai-nilai tinggi daripada perspektif sejarah, kepelbagaian biologi, kebudayaan dan saintifik.
ALAM SEKITAR