perkataan yang di cari : ''

Nisbah Plot : Plot Ratio

Nisbah antara jumlah luas lantai suatu bangunan dengan luas plot bangunan sebagaimana yang diukur antara garisan sempadan ukur atau, jika tidak ada garisan sempadan ukur, antara garisan sempadan sementara.



Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Nodus : Node

Nodus menunjukkan titik dan sudut yang mempunyai ciri-ciri strategik. Ia boleh terjadi daripada sekecil-kecil titik pusat tumpuan di bandar dan juga boleh menjadi dataran yang besar. Persimpangan atau hentian pengangkutan adalah titik penting bagi sesuatu bandar. (f26)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : ELEMEN IMEJ BANDAR

Notis Pembelian : Purchase Notice

"Notis pembelian yang disebut dalam seksyen 37, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]. Ianya dikemukakan oleh pemunya tanah kepada pihak berkuasa untuk meminta pihak berkuasa berkenaan membeli tanahnya disebabkan oleh tanah tersebut tidak dapat digunakan secara berfaedah dengan sebab:


Kategori :
Sub Kategori :

Notis Rekuisisi : Requisition Notice

"Notis yang diperuntukan di bawah seksyen 30, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]. Ianya dikeluarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan kepada tuan tanah berdaftar sama ada bagi:


Kategori :
Sub Kategori :

Nyahwarta : Degazette

Satu tindakan membatalkan apa-apa pewartaan contohnya berkaitan dengan pembangunan dan pentadbiran tanah, rizab awam serta Hutan Simpan Kekal (HSK).


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : WARTA

On-Site Detention (OSD) : On-Site Detention (OSD)

OSD merupakan infrastruktur kawalan banjir di dalam sesebuah kawasan tapak pembangunan. Ianya boleh dibina secara terbuka di atas permukaan tanah atau secara tertutup di bawah tanah ataupun kombinasi kedua-duanya. Reka bentuk terbuka adalah seperti penyediaan tangki di atas permukaan tanah, atas bumbung, padang dan landskap yang terbuka, tempat letak kenderaan yang terbuka dan sebagainya. Manakala reka bentuk bagi OSD tertutup pula ialah penyediaan sistem tangki serta paip yang dibina dan ditanam di bawah tanah dan bagi OSD gabungan pula ialah tangki air dibina separa di atas tanah dan di bawah tanah. (f88)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : KOLAM

Orang Asli : Aborigines

Seksyen 3, Akta Orang Asli 1954 [Akta 134] Menyatakan orang asli ialah:

  1. Mana-mana orang yang bapanya ialah anggota kumpulan etnik orang asli, yang bercakap bahasa orang asli dan lazimnya mengikut cara hidup orang asli dan adat dan kepercayaan orang asli, dan termasuk seorang keturunan melalui jurai lelaki orang itu;
  2. Mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa bayi oleh orang asli yang telah dibesarkan sebagai seorang orang asli, lazimnya bercakap bahasa orang asli, lazimnya mengikut cara hidup orang asli dan adat dan kepercayaan orang asli dan ialah anggota suatu masyarakat orang asli;
  3. Anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan orang asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat bahawa anak itu lazimnya bercakap bahasa orang asli, lazimnya mengikut cara hidup orang asli dan adat dan kepercayaan orang asli dan masih lagi menjadi anggota suatu masyarakat orang asli.


Kategori : SOSIAL
Sub Kategori :

Orang Diberi Kuasa : Authorized Person

Seseorang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan secara bertulis sebagai seorang yang diberi kuasa bagi maksud peruntukan yang ditetapkan.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Orang Utama Yang Mengemukakan : Principal Submitting Person

Orang yang berkelayakan yang mengemukakan pelan bangunan kepada pihak berkuasa tempatan untuk kelulusan mengikut Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] atau mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya dan termasuk mana-mana orang yang berkelayakan lain yang mengambil alih kewajipan dan tanggungjawab atau bertindak untuk orang yang berkelayakan yang pertama disebut itu.



Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Orang Yang Berkelayakan : Qualified Person

Dalam konteks permohonan kebenaran merancang, merujuk kepada Perancang Bandar berdaftar di bawah Akta Perancang Bandar 1995 [Akta 538] dan profesional lain yang layak seperti arkitek yang mempunyai latihan akademik, kompetensi dan pengalaman dalam bidang perancangan bandar dan desa, yang berhak di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.



Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG