perkataan yang di cari : ''

Orang Yang Berkepentingan : Person Interested

Termasuklah tiap-tiap orang yang menuntut sesuatu kepentingan pada pampasan yang dibuat kerana pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486] ini, tetapi tidaklah termasuk seorang penyewa ikut ihsan.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Orang Yang Mengemukakan : Submitting Person

Orang yang berkelayakan yang mengemukakan pelan selain pelan bangunan kepada pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun yang berkaitan mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] ini atau mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya dan termasuklah mana-mana orang yang berkelayakan lain yang mengambil alih kewajipan dan tanggungjawab atau bertindak untuk orang yang berkelayakan yang pertama disebut itu.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Outstanding Universal Value (OUV) : Outstanding Universal Value (OUV)

Nilai yang diiktiraf secara universal sebagai penting atau yang mempunyai pengaruh terhadap evolusi manusia secara keseluruhan pada suatu masa atau masa yang lain.
Nilai OUV dalam sesuatu hartanah akan dipertimbangkan dalam pengiktirafan Warisan Dunia.


Kategori : SOSIAL
Sub Kategori :

Padang Ragut : Grazing Field

Kawasan tanah yang ditumbuhi rumput dan tumbuh-tumbuhan serupa yang sesuai untuk diragut oleh binatang ternakan seperti lembu dan biri-biri.


Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : MINERAL

Pajakan : Lease

Pajakan berdaftar atau pajakan kecil tanah berimilik.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Pampasan : Compensation

Sebarang bentuk bayaran sebagai ganti rugi yang diberikan oleh pihak kerajaan, swasta atau individu perseorangan kepada mana-mana pihak disebabkan oleh kerugian yang dialami.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Pangsapuri Perkhidmatan : Service Apartments

Unit-unit kediaman berbilang tingkat yang menyediakan kemudahan perkhidmatan kepada pemilik atau penyewa seperti hotel. Pangsapuri perkhidmatan dikategorikan di bawah guna tanah komersial.



Kategori : EKONOMI
Sub Kategori :

Papan Iklan Luar : Outdoor Billboard

Paparan besar yang mengiklankan barangan, aktiviti atau perkhidmatan yang tidak semestinya dijual di mana pengiklanan itu ditempatkan. (f123)


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : PAPAN IKLAN LUAR

Pasar Basah dan Kering : Wet and Dry Market

Menempatkan aktiviti penjualan barangan makanan harian seperti ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya.



Kategori : EKONOMI
Sub Kategori : PERDAGANGAN

Pasar Borong : Wholesale Market

Menempatkan aktiviti jual beli barangan secara pukal. Ia menawarkan perkhidmatan untuk tadahan penduduk yang ramai dan kawasan yang lebih luas.



Kategori : EKONOMI
Sub Kategori : PERDAGANGAN