perkataan yang di cari : ''

Pasar Raya : Supermarket

Pasar raya adalah perniagaan runcit bersaiz sederhana besar yang menjual pelbagai jenis barangan yang beroperasi dalam premis perniagaan dan ruang niaga.



Kategori : EKONOMI
Sub Kategori : PERDAGANGAN

Pasar Raya Besar : Hypermarket

Gedung perniagaan layan diri dalam bangunan sesebuah dengan keluasan ruang lantai perniagaan tidak kurang daripada 5,000m2 yang menjual pelbagai jenis barangan pengguna, merangkumi barangan makanan dan bukan makanan, dalam pelbagai saiz, kuantiti dan bentuk pembungkusan (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, 2012).



Kategori : EKONOMI
Sub Kategori : PERDAGANGAN

Pecah Bahagian Tanah : Partition of Land

Tanah yang dipegang di bawah hakmilik tetap atau hakmilik sementara iaitu sambungan daripada hakmilik tetap (sama ada hakmilik pejabat tanah atau hakmilik pejabat pendaftar) yang dipegang oleh dua (2) orang atau lebih yang dipecah bahagian supaya terletak hak pada setiap seorang di bawah satu hakmilik berasingan dengan keluasan sehampir mungkin dengan bahagiannya (perenggan 140(l)(a) dan (b), Kanun Tanah Negara [Akta 828]). Walau bagaimanapun, tidak semestinya setiap tuan punya bersama diberi hakmilik berasingan. Mereka yang masih ingin meneruskan pemilikan bersama boleh mengekalkan haknya bersamaan bahagiannya.



Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Pecah Sempadan dan Tukar Syarat Serentak : Simultaneous Applications for Subdivision

Permohonan pecah sempadan berserta dengan permohonan tukar syarat yang bermaksud membuat permohonan pecah sempadan bersekali dengan permohonan menukar syarat (seksyen 124A, Kanun Tanah Negara [Akta 828]).


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Pecah Sempadan Tanah : Subdivision of Land

Membahagikan sesuatu lot tanah yang besar kepada lot-lot kecil bagi tujuan pembangunan. Sempadan tanah yang dipegang di bawah hakmilik tetap sama ada hakmilik Pejabat Pendaftar atau hakmilik Pejabat Tanah yang dipecah sempadan kepada dua bahagian atau lebih supaya tiap-tiap satunya dipegang di bawah hakmilik berasingan oleh tuan punya yang sama atau tuan punya bersama yang sama.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Pegawai Daerah : District Officer :

Pegawai yang pada masa itu bertugas mentadbir sesuatu daerah, tidak kira dengan apa jua namanya disebut.


Kategori : UMUM
Sub Kategori :

Pekali Gini : Gini Coefficient

Ukuran statistik yang digunakan untuk mengukur pengagihan pendapatan di kalangan penduduk negara tersebut, ia membantu dalam mengukur ketaksamaan pendapatan penduduk negara itu.


Kategori : SOSIAL
Sub Kategori :

Pekan : Small Town

Sebuah petempatan kecil bercirikan bandar yang terletak di kawasan luar bandar dengan jumlah penduduk kurang daripada 10,000 orang dan menempatkan aktiviti perdagangan berskala kecil, kemudahan awam dan mempunyai aktiviti mingguan (pasar pagi, pasar tani, pasar sehari atau pasar malam). (f136)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori :

Pelabuhan Darat : Inland Port

Kawasan atau premis yang dilengkapi dengan kemudahan untuk memuatkan dan memunggah kargo. (f137)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori :

Pelabuhan Laut : Seaport

Tempat kapal berlabuh, persinggahan kapal dan pangkalan kapal. (f138)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori :