perkataan yang di cari : ''

Pelan Pengurusan Risiko Bencana : Disaster Risk Management Plan :

Panduan yang komprehensif berhubung dengan tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kejadian bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, kebakaran, kemarau dan sebagainya.


Kategori : UMUM
Sub Kategori : PELAN

Pelan Pindaan : Amended Plan :

Pelan yang telah dipinda untuk memenuhi keperluan tertentu.


Kategori : UMUM
Sub Kategori : PELAN

Pelan Pra-Perhitungan : Pre-Computation Plan :

Suatu pelan susunan lot-lot yang menunjukkan sempadan baru yang dicadangkan dan kawasan lot-lot yang berasaskan pengiraan dari data ukur yang ada dan data relevan lain yang salah tutup pengiraan linearnya adalah tidak kurang daripada sebahagian empat ribu.


Kategori : UMUM
Sub Kategori : PELAN

Pelan Sisip : Insert Plan :

Pelan sisip disediakan bertujuan untuk memberikan gambaran terperinci bagi suatu cadangan yang menyokong kepada pelan subjek yang disediakan.


Kategori : UMUM
Sub Kategori : PELAN

Pelan Strata : Strata Plan :

Pelan lokasi dan pelan tingkat, dan termasuklah pelan pecahan atau penyatuan mana-mana petak yang ditunjukkan dalam pelan strata yang diluluskan dan dalam hal petak tanah, termasuklah suatu pelan tandaan.


Kategori : UMUM
Sub Kategori : PELAN

Pelan Struktur : Structure Plan :

Suatu pelan berhubungan dengan unsur struktur. Berhubungan dengan sesuatu kawasan, ertinya sesuatu kenyataan bertulis yang disertai dengan gambar rajah, gambaran dan lain-lain bahan perihalan yang mengandungi dasar-dasar dan cadangan-cadangan mengenai pembangunan dan kegunaan tanah dalam kawasan itu dan boleh menunjukkan kawasan tindakan, dan draf pelan struktur hendaklah ditafsirkan sebagaimana yang dikehendaki oleh konteksnya.



Kategori : UMUM
Sub Kategori : PELAN

Pelan Subjek : Subject Plan :

Pelan yang menunjukkan pengkhususan terhadap sesuatu subjek tertentu seperti pelan yang menunjukkan kawasan perindustrian, pelancongan, pusat bandar dan subjek-subjek lain.


Kategori : UMUM
Sub Kategori : PELAN

Pelan Susun Atur : Layout Plan :

Pelan yang disediakan di bawah seksyen 21B, Akta 172 untuk menerangkan komponen pemajuan yang dicadangkan di dalam laporan cadangan pemajuan, bagi tujuan permohonan kebenaran merancang. Antara komponen yang ditunjukkan adalah garisan kontur, akses ke tapak dan sirkulasi jalan, tapak kemudahan utiliti dan kemudahan awam serta garisan anjakan bagi pemajuan yang melibatkan pendirian bangunan.



Kategori : UMUM
Sub Kategori : PELAN

Pelan Tandaan : Delineation Plan :

Pelan yang menunjukkan tandaan petak tanah.


Kategori : UMUM
Sub Kategori : PELAN

Pelan Tapak : Site Plan :

Pelan yang menunjukkan tapak cadangan beserta lot sekitarnya dengan jelas.


Kategori : UMUM
Sub Kategori : PELAN