perkataan yang di cari : ''
Apa-apa pelupusan tanah yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri dalam menjalankan mana-mana dari kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 42, Kanun Tanah Negara [Akta 828] berkaitan kuasa pelupusan atau mana-mana dari kuasa-kuasa bersamaan yang diberi oleh mana-mana undang-undang tanah terdahulu.
PERUNDANGAN
Seseorang atau berkumpulan, syarikat, firma atau pertubuhan yang mengambil bahagian, menjalankan, mengusahakan perniagaan, memajukan atau mengadakan wang bagi kemajuan, membeli atau memajukan secara sebahagian dan mengadakan wang bagi membeli bangunan-bangunan [Akta 133].
UMUM
Pemaju perumahan berlesen ialah mana-mana pemaju perumahan yang dilesenkan sebagaimana Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] dan peraturan-peraturan.
UMUM
Pemajuan sepertimana yang ditafsirkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] ertinya menjalankan apa-apa kerja bangunan, kejuruteraan, perlombongan, perindustrian, atau apa-apa kerja lain yang seumpamanya pada, di atas, di sebelah atas atau di bawah tanah, membuat apa-apa perubahan material mengenai penggunaan mana-mana tanah atau bangunan atau mana-mana bahagian daripadanya, atau memecah sempadan atau mencantumkan tanah “memajukan” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
PERUNDANGAN
Peningkatan purata suhu atmosfera berhampiran permukaan bumi dan di troposfera, yang boleh menyumbang kepada perubahan dalam corak iklim global. Pemanasan global boleh berlaku secara semula jadi atau akibat daripada aktiviti manusia. Dalam penggunaan biasa, pemanasan global sering merujuk kepada pemanasan yang berlaku akibat pelepasan dan peningkatan gas rumah kaca daripada aktiviti manusia.
ALAM SEKITAR
Suatu program pembaharuan semula bandar (PSB) secara komprehensif dan bersepadu untuk tempoh jangka panjang bagi menangani isu kemelesetan ekonomi, keusangan fizikal, persekitaran dan sosial bandar yang diselaraskan dengan visi dan dasar pembangunan kerajaan.
FIZIKAL
Pembangunan yang membenarkan lebih daripada satu kegunaan/aktiviti bagi sesuatu bangunan atau sekelompok bangunan dalam satu plot atau lot tanah yang dibangunkan. Aktiviti atau kegunaan yang dibenarkan mestilah bersesuaian (compatible) antara satu sama lain.
FIZIKAL
Pembangunan berhampiran kawasan transit yang tidak tertakluk kepada zon pengaruh transit dan keperluan pengaplikasian prinsip-prinsip TOD seperti pembangunan bercampur, inklusif dan berintensiti tinggi. Diaplikasikan jika stesen transit tidak memenuhi kriteria pembangunan TOD berdasarkan kawalan guna tanah dan halangan-halangan fizikal tertentu. (f139)
FIZIKAL