perkataan yang di cari : ''

Pembangunan Berorientasikan Transit : Transit Oriented Development (TOD)

TOD merupakan satu konsep pemajuan yang berpusatkan stesen pengangkutan awam rel atau bas. Pemajuan ini menggalakkan persekitaran yang mempunyai ketersambungan (connectivity) yang tinggi, mesra pengangkutan awam, pejalan kaki dan sikal untuk mengurangkan pergantungan kepada kenderaan bermotor.

TOD menggalakkan pembangunan bercampur dan berintensiti tinggi dalam jarak berjalan kaki dari stesen untuk menjana penumpang melalui guna tanah kediaman, pekerjaan, ekonomi serta sosiokebudayaan yang diletak berhampiran. TOD juga menggalakkan penggunaan sumber tanah dan reruang secara optimum dan inklusif bagi memenuhi kehendak semua golongan masyarakat. (f140)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : PEMBANGUNAN

Pembangunan Brownfield : Brownfield Development

Kawasan yang telah dibangunkan tetapi ditinggalkan atau terbiar atau mempunyai struktur bangunan yang usang atau kawasan pembangunan yang tidak siap sepenuhnya dan terbengkalai. Kawasan ini mungkin tercemar atau tidak tercemar. Tanah kawasan brownfield ini juga termasuk tanah kerajaan atau tanah persendirian. Istilah brownfield juga meliputi bangunan yang telah lama terbengkalai atau bangunan yang telah siap tetapi tidak terjual.

Tafsiran ini juga merujuk kepada projek-projek terbengkalai yang tidak siap dalam tempoh pelaksanaan pembangunan melebihi 10 tahun.



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : PEMBANGUNAN

Pembangunan Greenfield : Greenfield Development

Kawasan/tanah yang merangkumi habitat/kawasan hutan dan tanah pertanian produktif yang tidak dibangunkan. Ini termasuklah lingkaran hijau di kawasan bandar.


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : PEMBANGUNAN

Pembangunan Greyfield : Greyfield Development

Bangunan yang kurang dimanfaatkan dan tidak berdaya maju. Ia juga merupakan kawasan yang mempunyai nilai tanah lebih tinggi daripada asset / bangunan / struktur / aktiviti yang kekal di atasnya dan tiada prospek untuk dimajukan serta tidak selamat untuk diduduki.



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : PEMBANGUNAN

Pembangunan Infill : Infill Development

Pembangunan atau pembangunan semula yang dijalankan ke atas tanah kosong atau tapak yang telah dibangunkan yang terletak di dalam kawasan tepu bina dan kawasan yang sedang dibangunkan.


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : PEMBANGUNAN

Pembangunan Komited : Committed Development

Pembangunan yang telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa perancang tempatan dan masih dalam tempoh sah, tetapi belum dilaksanakan di atas tapak.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Pembangunan Mampan : Sustainable Development

Pembangunan yang memenuhi keperluan generasi semasa tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluannya.


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : PEMBANGUNAN

Pembangunan Penggunaan Bercampur : Mixed Use Development

Pembangunan yang membenarkan lebih daripada satu penggunaan di dalam sebuah bangunan atau bangunan- bangunan yang kesemuanya didirikan di atas satu lot tanah yang lazimnya merupakan pembangunan berstrata. Jenis penggunaan bercampur hendaklah saling menyokong di antara satu sama lain dan terdiri daripada penggunaan bercampur kediaman, komersial dan kemudahan awam.


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : PEMBANGUNAN

Pembangunan Penggunaan Bercampur Menegak : Vertical Mixed Use Development

Merangkumi fungsi kediaman, komersial, institusi kemudahan masyarakat dan lain-lain dalam satu struktur bangunan di atas lot tanah yang sama.



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : PEMBANGUNAN

Pembangunan Semula Bandar : Urban Redevelopment

Pembangunan yang dibuat secara holistik dengan mengubah struktur fizikal sedia ada. Pembangunan ini akan melibatkan kerja-kerja pembersihan tapak, perobohan bangunan dan perubahan guna tanah yang menjurus kepada pembangunan yang bersepadu dan mengoptimakan kegunaan tanah. Pendekatan ini akan memberikan satu nilai baharu kepada penduduk dari segi peningkatan ekonomi, keadaan fizikal, infrastruktur dan utiliti, sosial serta kehidupan bandar yang lebih berdaya huni.



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : PEMBAHARUAN SEMULA BANDAR