perkataan yang di cari : ''
Satu kaedah pembangunan di mana sekumpulan lot tanah yang berjiran disusun semula melalui persetujuan pemilik-pemilik tanah dan diagihkan semula mengikut pelan susun atur terancang yang diluluskan.
FIZIKAL
Pembatalan perizapan dibuat jika tanah rizab itu hendak diberimilik ataupun ia hendak dirizabkan untuk maksud lain. Ia boleh dibatalkan sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya pada bila-bila masa selepas diambil tindakan-tindakan di bawah seksyen 64, Kanun Tanah Negara [Akta 828].
PERUNDANGAN
Struktur binaan yang dibina untuk mengurangkan tindakan ombak di kawasan pantai bagi menstabilkan bahagian pantai semula jadi atau buatan daripada hakisan.
FIZIKAL
Pemilik syer terbesar. Dalam urusan tanah, tuan punya bersama pemegang syer majoriti boleh memohon pecah bahagian tanah tanpa kebenaran tuan punya bersama yang lain. (Seksyen 14A, Kanun Tanah Negara [Akta 828]).
PERUNDANGAN
Segala proses yang terlibat untuk menjaga sesuatu bangunan bagi memelihara kepentingan sejarah dan budaya. Tindakan ini termasuklah perawatan, pengekalan, pemuliharaan, pembangunan semula dan penyesuai gunaan. Lazimnya kaedah yang digunakan akan merangkumi lebih daripada mana-mana satu tindakan di atas. Pemeliharaan bangunan ini menggariskan pengekalan bangunan atau monumen sejarah sebagai salah satu pendekatan yang terkandung dalam proses pemeliharaan bangunan.
FIZIKAL
Orang atau badan yang pada masa itu didaftarkan sebagai pemilik sesuatu petak dan juga kepada pemilik sesuatu blok sementara, iaitu orang atau badan yang pada masa itu didaftarkan sebagai pemilik sesuatu blok sementara melainkan jika diperuntukkan dengan nyata selainnya.
PERUNDANGAN
Pemilik lot sebaik sebelum pecah bahagian sesuatu bangunan.
PERUNDANGAN
Insentif bagi mewartakan kawasan perlindungan (protected areas) yang merupakan kawasan penting bagi perkhidmatan ekosistem termasuk sebagai kawasan tadahan air dan perlindungan hidupan liar.
ALAM SEKITAR