perkataan yang di cari : ''
Proses mewujudkan daratan dengan mengisi kawasan berair dengan bahan yang biasanya diperolehi dari kawasan luar pantai. Ini termasuklah penebusgunaan kawasan pantai atau penambakan pesisir pantai, penambakan laut di pesisir pantai serta penambakan laut bagi tujuan mewujudkan pulau buatan.
ALAM SEKITAR
Tanah yang terletak di Kampong Bharu, Kuala Lumpur yang diwartakan melalui warta kerajaan Negeri Selangor di bawah seksyen 6, Enakmen Tanah 1897 bertarikh 12 Januari 1900, melalui rizab Malay Agricultural Settlement. Kawasan ini ditadbir dan dikawal selia oleh Lembaga Pentadbiran M.A.S dan melalui sekatan kepentingan yang telah diletakkan di dalam hakmilik, ianya tidak boleh dipindahmilik dan diduduki oleh orang bukan Melayu mahupun diganti di mana-mana di tempat yang lain.
PERUNDANGAN
Tindakan memindahkan penduduk atau sekumpulan penduduk ke petempatan baharu secara terancang dan beramai-ramai.
SOSIAL
Parit atau terusan yang digunakan untuk mengawal kadar air di kawasan pertanian serta menyalurkan lebihan air larian dari kawasan pertanian ke sungai/laut.
ALAM SEKITAR
"Pengambilan tanah oleh kerajaan daripada tuan punya tanah untuk apa jua maksud dengan dibayar pampasan menurut kuasa undangĀ undang pengambilan tanah. Subseksyen 3(1), Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486] memperuntukkan bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh mengambil tanah yang dikehendaki:
Pengangkutan penumpang atau muatan merentasi air, sama ada berjadual atau tidak. Turut meliputi operasi tunda atau tolak bot, rombongan, cruise atau bot persiaran, feri, teksi air dan lain-lain.
FIZIKAL
Pengangkutan penumpang dan muatan melalui jalan raya atau rel.
FIZIKAL
Pengangkutan penumpang atau muatan melalui udara atau ruang angkasa.
FIZIKAL
Proses penyerapan dan penyimpanan karbon dioksida daripada atmosfera.
ALAM SEKITAR