perkataan yang di cari : ''
Proses untuk mengenal pasti, meramal, menilai dan melaporkan maklumat-maklumat mengenai kesan terhadap alam sekitar akibat daripada aktiviti yang dicadangkan dan memperincikan langkah-langkah mitigasi kesan negatif alam sekitar akibat daripada cadangan projek.
ALAM SEKITAR
Penjanaan semula bandar memfokuskan kepada pemulihan sesuatu tapak yang lama, usang dan terbengkalai melalui pembinaan bangunan baharu atau penyediaan kemudahan dan infrastruktur tanpa memusnahkan keseluruhan reka bentuk, susun atur atau fungsi kawasan tersebut. Pembangunan ini akan menjana semula aktiviti di kawasan tersebut sama ada dari segi ekonomi, sosial atau persekitaran.
FIZIKAL
Seorang Pentadbir Tanah yang dilantik di bawah seksyen 12 KTN, dan termasuk Penolong Pentadbir Tanah yang dilantik di bawahnya dan mempunyai bidang kuasa dalam daerah/jajahan atau daerah kecil/jajahan kecil di tempat tanah itu terletak.
UMUM
Penyatuan kepentingan merujuk kepada terma dan syarat di dalam sesuatu perjanjian atau kontrak yang dipersetujui bersama, mengenai hak dan kepentingan kedua-dua belah pihak sebagaiman diperuntukkan di bawah seksyen 41, Akta Perancangan Bandar dan Desa Desa 1976 [Akta 172].
PERUNDANGAN
Penyegaran semula bandar bertujuan menyegarkan semula kawasan atau bangunan yang telah menunjukkan ciri-ciri keusangan dan berlaku kemerosotan aktiviti sosio-ekonomi. Pelaksanaan pendekatan ini memfokuskan kepada pemulihan sesuatu kawasan atau bangunan yang tidak melibatkan perubahan fizikal secara menyeluruh. Ia merangkumi kerja-kerja seperti membaik pulih, menaik taraf, pengindahan dan penyediaan landskap sesuatu kawasan atau bangunan.
FIZIKAL
Mana-mana dua lot atau lebih lot berimilik yang berdampingan dan dipegang di bawah hak Pejabat Tanah yang dimiliki oleh tuan tanah yang sama boleh diserah dan dikembalikan kepadanya dalam bentuk atau unit-unit yang berbeza dan setiap satunya kurang daripada 4 hektar dan dipegang di bawah Hak Milik Sementara Pejabat Tanah (seksyen 204A, Kanun Tanah Negara [Akta 828]). Contohnya, 3 keping tanah yang dimiliki oleh tuan punya yang sama tetapi mempunyai jenis kegunaan tanah yang berbeza, disatu dan diberi milik semula kepada 5 unit berasingan dengan jenis kegunaan dan syarat baru bersesuaian dengan kegunaan yang dicadangkan.
PERUNDANGAN
Merujuk kepada bangunan warisan yang menukar baru kegunaan bangunan daripada bangunan gudang kepada hotel.
FIZIKAL
Apa-apa takungan, kolam, tasik, sungai, anak sungai, tali air, parit, mata air atau telaga, atau mana-mana bahagian laut di atas tikas air rendah di sepanjang pantai, atau mana-mana badan dengan permukaan semulajadi atau buatan yang lain atau sub permukaan air.
FIZIKAL