perkataan yang di cari : ''

Perairan Wilayah : Territorial Waters

Perairan wilayah seperti yang ditakrifkan di bawah Konvensyen Bangsa Bangsa Bersatu tentang Undang-Undang Laut (UNCLOS) tahun 1982 ialah suatu belt perairan pantai yang menjangkau sejauh 12 batu nautika (22.2 kilometer) dari garis pangkal (biasanya aras surut air purata) sesebuah negara yang mempunyai pantai. Perairan ini dianggap sebagai suatu kawasan berdaulat sesebuah negara di mana ia turut merangkumi ruang udara di atasnya serta dasar lautnya.



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori :

Perakuan Siap Dan Pematuhan : Certificate of Completion and Compliance (CCC)

Perakuan yang mengesahkan bangunan telah siap dan mematuhi keperluan agensi teknikal, yang dibuat di bawah Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984).



Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Perancang Bandar : Town Planner

Profesion yang menjalankan amalan berkaitan perancangan bandar dan desa khususnya berkaitan seni dan sains pengaturan guna tanah dan reruang serta aktiviti sesebuah bandar atau desa. Perancang bandar mempunyai bidang kepakaran masing-masing untuk merancang masa akan datang agar dapat menghasilkan pembangunan yang mampan, inklusif dan berdaya tahan.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Perancang Bandar Berdaftar : Registered Town Planner

Seseorang yang didaftarkan di bawah subseksyen 15(3), Akta Perancang Bandar 1995 [Akta 538] dan didaftarkan di bawah Daftar Perancang Bandar Seksyen A.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Perancang Bandar Siswazah Berdaftar : Registered Graduate Town Planner

Seseorang yang didaftarkan di bawah Daftar Perancang Bandar Seksyen B di bawah Akta Perancang Bandar 1995 [Akta 538].


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Perancangan Bandar : Urban Planning / Town Planning

Suatu aktiviti yang melibatkan proses teknikal dan penyelarasan dasar kerajaan berkaitan dengan pengurusan penggunaan tanah dan reka bentuk persekitaran bandar, termasuk jaringan pengangkutan dan kawasan semula jadi bagi memandu dan memastikan pembangunan petempatan yang terancang dan mampan serta kesejahteraan masyarakat.

Ianya melibatkan proses penyediaan rancangan pemajuan bagi menetapkan pengezonan guna tanah masa hadapan, cadangan pemajuan yang berdasarkan permintaan dan penawaran semasa serta kawalan perancangan/permohonan kebenaran merancang yang melibatkan pertimbangan daripada pelbagai agensi teknikal. Kesemua proses ini melibatkan penyertaan awam dan rundingan dengan pihak yang berkepentingan.



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori :

Perancangan Luar Jangka : Contingency Planning

Perancangan yang memberikan tumpuan untuk menghadapi sesuatu masalah dalam tempoh yang singkat dan kos yang minimum.


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori :

Perancangan Reruang : Spatial Planning

Perancangan aktiviti dalam sesuatu reruang termasuk di atas tanah, di sebelah atas tanah (ruang udara), bawah tanah dan kawasan perairan wilayah. Ianya melibatkan penyelarasan dasar pelbagai sektor yang berkaitan melangkaui perancangan konvensional yang hanya melibatkan penentuan guna tanah atau bangunan sahaja. Ianya bertujuan merasionalisasikan penggunaan reruang untuk menyeimbangkan keperluan pembangunan optimum dan kepentingan memulihara alam sekitar untuk mencapai objektif sosial dan ekonomi serta pembangunan mampan.


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori :

Perbandaran : Urbanisation

Satu proses perubahan serta penerapan ciri-ciri bandar terhadap sesebuah kawasan dan proses ini akan melibatkan penghijrahan masuk penduduk luar bandar, perubahan aktiviti ekonomi, perkembangan kawasan bandar, pertambahan penyediaan kemudahan perbandaran, perubahan sosial, nilai dan sifat masyarakat tradisional kepada masyarakat moden serta perubahan guna tanah keseluruhannya yang memberi kesan kepada :

  1. Perkembangan saiz sesebuah bandar.
  2. Peningkatan taraf petempatan daripada bukan bandar menjadi bandar.



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori :

Perbincangan Kumpulan Bersasar : Focus Group Discussion :

Merupakan platform rundingan bersama pihak-pihak berkepentingan sama ada pertubuhan, persatuan penduduk, orang awam, badan bukan kerajaan atau pemain industri untuk mendapatkan input secara terperinci berkaitan aspek kajian.



Kategori : UMUM
Sub Kategori :