perkataan yang di cari : ''

Perumahan Mampu Milik : Affordable Housing

Perumahan mampu milik meliputi perumahan kos rendah dan kos sederhana dengan harga jualan yang mampu dimiliki yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan atau Pihak Berkuasa Negeri.



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : PERUMAHAN

Perumahan Strata : Strata Housing

Skim strata yang melibatkan suatu pembangunan hartanah yang membahagikan bangunan dan tanah kepada petak-petak, petak aksesori dan harta bersama serta telah ditetapkan sistem pengurusan bagi skim tersebut. Perumahan berhakmilik strata yang dibangunkan mengikut peruntukan subseksyen 6(1A), Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318]. Contohnya rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, rumah bandar (townhouse) dan rumah-rumah bertanah dalam skim komuniti berpagar.


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : PERUMAHAN

Perundangan Kecil : Subsidiary Legislation

Apa-apa perisytiharan, kaedah, peraturan, perintah, pemberitahuan, undang-undang kecil atau lain-lain perundangan dibuat di bawah mana-mana Akta, Enakmen, Ordinan atau lain-lain kuasa yang sah dan mempunyai kuasa perundangan.



Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Peta Cadangan : Proposed Map :

Pelan yang menunjukkan pengkhususan kepada cadangan taburan serta pengezonan guna tanah keseluruhan kawasan.



Kategori : UMUM
Sub Kategori :

Peta Kadastral : Cadastral Map :

Peta yang mengandungi lot-lot bagi sesuatu kawasan yang disediakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan dalam skala 1 inci: 8 rantai.


Kategori : UMUM
Sub Kategori :

Petak : Parcel

Berhubungan dengan sesuatu bangunan yang (kecuali dalam hal suatu petak aksesori) dipecah bahagi, ertinya salah satu daripada unit individu yang terkandung dalamnya yang dipegang mengikut hakmilik strata yang berasingan dan berhubung dengan suatu tanah yang dipecah bahagi, ertinya satu daripada unit-unit individu petak tanah.



Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : STRATA

Petak Aksesori : Accessory Parcel

Mana-mana petak yang ditunjukkan dalam suatu pelan strata sebagai petak aksesori yang digunakan atau dicadang hendak digunakan bersama-sama dengan suatu petak.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : STRATA

Petak Tanah : Land Parcel

Satu (1) unit yang ditandakan dalam sesuatu lot yang terkandung dalamnya bangunan yang tidak lebih daripada empat (4) tingkat (tidak termasuk tingkat bawah yang dikongsi) yang dipegang di bawah suatu hakmilik strata; yang mungkin mempunyai tingkat bawah tanah yang dikongsi, yang terkandung dalamnya petak-petak aksesori dan harta bersama.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : STRATA

Petempatan : Settlement

Kawasan kediaman untuk masyarakat yang dilengkapi dengan segala kemudahan perkhidmatan.


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : PETEMPATAN

Petempatan Estet : Estate Settlement

Rumah pekerja ladang yang disediakan oleh majikan pengurusan ladang.

  1. Corak petempatan adalah berkelompok.
  2. Aktiviti utama sebagai peladang kelapa sawit dan getah.



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : PETEMPATAN