perkataan yang di cari : ''

Petempatan Tanah Rancangan (FELDA / FELCRA / RISDA) : Land Development Settlement

  1. Petempatan kampung terancang berikutan dari pembangunan tanah secara besar-besaran.
  2. Konsep asas adalah untuk mewujudkan suatu petempatan yang ‘self-contained’ bertujuan membasmi kemiskinan dan memberi hak milik tanah di kalangan penduduk di kawasan desa. Corak petempatan berbentuk berpusat (concentrated) atau berkelompok
  3. Kepadatan penduduk sederhana tinggi.


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : PETEMPATAN

Piawaian Perancangan : Planning Standard

Peraturan perancangan berkaitan keperluan ruang, ukuran, spesifikasi tapak, ketinggian, guna tanah yang dibenarkan atau dilarang dan kriteria lain yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri atau pihak berkuasa perancang tempatan bagi menjalankan pemajuan. Ianya merupakan rujukan penting dalam kawalan perancangan.



Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Pihak Berkuasa Awam : Public Authority

Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri, Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Pihak Berkuasa Berkanun yang menjalankan kuasa undang-undang persekutuan atau Negeri, mana-mana mahkamah atau tribunal (selain Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi), atau mana-mana pegawai atau pihak berkuasa yang dilantik oleh atau yang bertindak bagi pihak mana-mana orang, mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa itu.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Pihak Berkuasa Negeri : State Authority

"Berdasarkan Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], ianya merujuk kepada Raja atau Gabenor Negeri mengikut mana-mana yang sesuai termasuklah di Negeri Sembilan iaitu Yang Dipertuan Besar yang bertindak bagi pihak dirinya dan Pembesar-pembesar Memerintah serta Wilayah Persekutuan iaitu Menteri yang bertanggungjawab bagi Kerajaan Tempatan [Akta 133].


Kategori :
Sub Kategori :

Pihak Berkuasa Perancang Tempatan : Local Planning Authority

Pihak yang bertanggungjawab terhadap perancangan pemajuan sesuatu kawasan. Di bawah seksyen 5, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], setiap pihak berkuasa tempatan akan menjadi pihak berkuasa perancang tempatan dalam kawasan pentadbirannya, manakala kawasan yang terletak di luar kawasan pihak berkuasa perancang tempatan akan dikawal oleh Pengarah Negeri.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Pihak Berkuasa Tempatan : Local Authority

Pihak yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran dan memberi perkhidmatan bandar serta pembangunan sesuatu kawasan atau daerah dalam kawasan kerajaan tempatan berkenaan yang ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan [Akta 171] iaitu Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah, mengikut mana-mana berkenaan, dan berhubungan dengan Wilayah Persekutuan ertinya Datuk Bandar Kuala Lumpur yang dilantik di bawah seksyen 4, Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 [Akta 190].


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Pindah Hak Pembangunan : Transfer of Development Rights (TDR)

Program yang memberi insentif yang membolehkan pemilik tanah untuk menjual hak pembangunan kepada pemaju atau lain-lain pihak berkepentingan yang kemudiannya boleh menggunakan hak tersebut untuk meningkatkan densiti pembangunan di lokasi lain yang telah ditetapkan.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Pindah Milik : Transaction

Pindah milik tanah merupakan salah satu (1) proses untuk menukar nama pemilik berdaftar yang melibatkan keseluruhan / sebahagian tanah kepada pemilik baru.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Podium : Podium

Binaan podium merujuk kepada jenis bangunan yang bercirikan pembahagian mendatar di antara menara atas dan menara podium di bawah. Kebiasaannya bangunan podium dibuat daripada besi atau konkrit yang tidak berdinding.


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori :

Pola Petempatan : Settlement Pattern

Corak taburan tempat tinggal di sesuatu kawasan.


Kategori : SOSIAL
Sub Kategori :