perkataan yang di cari : ''
Bayaran yang dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi setiap kelulusan permohonan memiliki tanah.
PERUNDANGAN
Prinsip ke arah penjagaan alam sekitar yang mana pihak yang menghasilkan pencemaran perlu bertanggungjawab dan menanggung kos kerosakan atau pencemaran yang telah dilakukan.
ALAM SEKITAR
Satu program Kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia. PPR terdiri daripada dua (2) kategori iaitu PPR disewa dan PPR dimiliki. Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR dimiliki dan PPR disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan reka bentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa.
FIZIKAL
Pengiklanan kebiasaannya bersaiz besar yang dipasang pada permukaan struktur yang diunjurkan dari dinding sesebuah bangunan. (f135)
FIZIKAL
Merujuk kepada projek yang perlu mendapatkan nasihat MPFN di mana perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
i. Pemajuan berskala besar dan mempunyai impak tinggi dari segi kepentingan hartanah negara iaitu berkeluasan melebihi 100 hektar atau menjana penduduk melebihi 10,000 orang;
ii. Pemajuan yang melibatkan dua negeri atau lebih atau merentasi negara, atau terletak di sempadan dua negeri atau negara;
iii. Pemajuan yang melibatkan pelaburan dan peruntukan yang tinggi, bukan sahaja dari agensi di dalam negeri tetapi melibatkan pelbagai agensi persekutuan dan pihak swasta; atau
iv. Pemajuan yang memberi perkhidmatan kepada dua negeri atau lebih atau mempunyai kesan ekonomi, alam sekitar dan sosial kepada dua negeri atau lebih.
UMUM
Sisa organik yang telah terurai dan dikitar semula.
ALAM SEKITAR
Pusat petempatan desa yang berpotensi untuk memperkembangkan kegiatan pembangunan pertanian dengan rantaian nilai yang lebih tinggi.
FIZIKAL
Kawasan yang menjadi tumpuan berbagai-bagai kegiatan atau tempat yang menjadi punca segala aktiviti atau tempat terdapatnya segala kemudahan untuk keperluan sesebuah bandar.
FIZIKAL