perkataan yang di cari : ''
Tempat yang digunakan untuk menempatkan server dan komponen rangkaian berkaitan serta perkakasan sokongan ICT.
UMUM
Sebuah pusat yang menawarkan perkhidmatan pergudangan, pemprosesan pesanan dan penghantaran serta menyediakan platform bagi penyumberan luar perkhidmatan kepada peruncit dalam talian.
FIZIKAL
Pusat jagaan berkediaman mengikut Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506] pula merupakan premis di mana empat (4) orang atau lebih diterima untuk jagaan sebagai penghuni di dalamnya, sama ada untuk upah atau selainnya tetapi dalam hal premis yang dikendalikan atau diuruskan oleh orang sebenar, seseorang yang merupakan saudara kepada orang itu tidak boleh dikira dalam menentukan bilangan orang yang diterima di premis tersebut.
FIZIKAL
Pusat jagaan harian di dalam Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506] merujuk kepada “mana-mana premis di mana empat (4) orang atau lebih diterima untuk jagaan selama suatu tempoh berterusan yang melebihi tiga (3) jam sehari antara matahari terbit hingga terbenam dan selama sekurang-kurangnya tiga (3) hari seminggu, sama ada untuk upah atau selainnya tetapi dalam hal premis yang dikendalikan atau diuruskan oleh orang sebenar, seseorang yang merupakan saudara kepada orang itu tidak boleh dikira dalam menentukan bilangan orang yang diterima di premis itu”.
FIZIKAL
Pusat katalis adalah terdiri daripada bandar sederhana dan kecil yang mempunyai lokasi yang strategik bagi memandu pertumbuhan perbandaran kawasan sekitarnya dan berpotensi menjadi hab yang mempunyai fungsi yang khusus.
FIZIKAL
Pusat Kawalan yang mengintegrasi data yang berkaitan daripada sensor IoT (Internet of Thing) yang digunakan seperti kamera, imej satelit dan data Geographic Information System (GIS). Ia juga melibatkan perkongsian data dengan pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan segera.
FIZIKAL
Tempat untuk meletak atau menjual sisa pepejal yang boleh dikitar semula.
FIZIKAL
Merupakan keperluan penting bagi masyarakat sebagai tempat perjumpaan umum untuk tujuan sosial, politik, pembelajaran dan rekreasi. Kemudahan ini berperanan untuk memupuk semangat perpaduan dan kejiranan di samping berfungsi sebagai pusat untuk melaksanakan perkhidmatan Kerajaan seperti kempen kesihatan, aktiviti penerangan dan sebagainya.
SOSIAL
Kawasan atau bangunan yang menjadi tempat mengumpul sisa sampah untuk dilupuskan.
FIZIKAL
Tempat atau kemudahan di mana sisa pepejal terkawal dipunggah dari kenderaan pungutan sisa, dan dimuatkan semula ke dalam kenderaan angkut jauh berkapasiti besar, baj atau pengangkutan rel bagi penghantaran laluan darat atau air ke kemudahan pengolahan dan pelupusan.
FIZIKAL