perkataan yang di cari : ''

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) : Palliative Care Centre

Perkhidmatan di bawah kemudahan kebajikan Orang Kelainan Upaya (OKU) ialah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Ia merupakan satu strategi di dalam pembangunan komuniti untuk rehabilitasi, penyamaan peluang dan integrasi sosial OKU di 428 buah PDK di seluruh negara.
Ia dilaksanakan melalui penglibatan aktif OKU, keluarga dan masyarakat setempat dengan disokong oleh perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial serta menggunakan sumber tempatan.



Kategori : SOSIAL
Sub Kategori : KEMUDAHAN

Pusat Penjagaan Rawatan Ibu Selepas Bersalin dan Bayi : Confinement Center

Pusat penjagaan serta penginapan bagi ibu dan bayi sepanjang tempoh ibu berpantang selepas melahirkan bayi.



Kategori : SOSIAL
Sub Kategori :

Pusat Pentadbiran Daerah : District Administrative Centre

Kawasan bandar/pekan yang mempunyai pejabat pentadbiran seperti Majlis Daerah atau Pejabat Tanah dan Daerah serta agensi kerajaan lain. Mempunyai kemudahan awam dan infrastruktur untuk keperluan penduduk setempat.



Kategori : SOSIAL
Sub Kategori :

Pusat Pertumbuhan Desa : Rural Growth Centre

Merupakan pusat perkhidmatan desa yang utama kepada beberapa buah kampung yang terletak secara berkelompok dengan tampungan penduduk kurang 2,500 orang.



Kategori : SOSIAL
Sub Kategori :

Pusat Petempatan Kecil : Sub Settlement Centre

Sebuah kawasan peniagaan yang dilengkapi dengan kemudahan masyarakat dan keagamaan serta kawasan rekreasi. Pusat ini menawarkan perkhidmatan peringkat rendah seperti kedai runcit, bengkel membaiki motor, kedai alat tulis dan sebagainya. Pusat ini juga mempunyai tadahan penduduk di antara 1,000 hingga 10,000 orang dan menempatkan keperluan perkhidmatan serta perniagaan dalam lingkungan jarak lima (5) kilometer.


Kategori : SOSIAL
Sub Kategori :

Pusat Petempatan Utama : Main Settlement Centre

Pusat utama dari segi pentadbiran, sosial dan ekonomi bagi seluruh daerah.



Kategori : SOSIAL
Sub Kategori :

Pusat Rawatan Sisa Pepejal : Solid Waste Treatment Centre

Mana-mana tanah yang digunakan bagi mengendalikan, menstor, mengasingkan, mengangkut, memindahkan, memproses, mengitar semula, mengolah dan melupuskan sisa pepejal terkawal dan termasuklah stesen pemindahan, tapak pelupusan, tambak tanah kebersihan, loji penunu dan loji pengolahan haba lain, loji pengitar semula dan loji pengkomposan.


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : PELUPUSAN SISA PEPEJAL

Pusat Separa Wilayah : Sub Regional Centre

Pusat utama dari segi pentadbiran, sosial dan ekonomi bagi kawasan pengaruh di seluruh wilayah.



Kategori : SOSIAL
Sub Kategori :

Pusat Tranformasi Bandar : Urban Transformation Centre (UTC)

Pusat Transformasi Bandar (UTC) menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan sektor swasta yang ditempatkan di dalam satu pusat atau bangunan. UTC juga akan berperanan sebagai pusat setempat bagi aktiviti belia, Non-governmental Organization (NGO) serta komuniti usahawan.


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori :

Pusat Tranformasi Luar Bandar : Rural Transformation Centre (RTC)

Satu pusat yang menjadi nukleas kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program oleh pelbagai Kementerian secara kerjasama bagi tujuan pembangunan penduduk luar bandar dalam lingkungan 100 kilometer dari RTC.



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori :