perkataan yang di cari : ''

Pusat Tumpuan Perniagaan Utama : Central Business District (CBD)

Pusat aktiviti perniagaan di bandar-bandar utama.


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori :

Pusat/Gudang Membeli-Belah : Superstore

Perniagaan layan diri dengan ruang lantai perniagaan 3,000m2 hingga 4,999m2 yang menjual pelbagai barangan pengguna merangkumi barangan makanan dan bukan makanan. Hanya syarikat yang mengendalikan hypermarket boleh memohon untuk menjalankan perniagaan dalam format superstore.



Kategori : EKONOMI
Sub Kategori : PERDAGANGAN

Rancangan Kawasan Khas : Special Area Plan

Suatu pelan terperinci yang mengandungi cadangan cara untuk memaju, memajukan semula, memperelok, memulihara atau mengandungi amalan pengurusan atau sebahagiannya dengan satu kaedah dan sebahagian lagi dengan kaedah yang lain bagi seluruh atau sebahagian kawasan khas itu dan jenis pengolahan yang dicadangkan di bawah subseksyen 16B(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa [Akta 172].


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : RANCANGAN PEMAJUAN

Rancangan Pemajuan : Development Plan

"Berhubung dengan sesuatu kawasan iaitu :


Kategori :
Sub Kategori :

Rancangan Struktur (Kajian Semula) : Structure Plan (Review)

RS (Kajian Semula) dibuat berdasarkan peruntukan subseksyen 11, Akta Perancangan Bandar dan Desa [Akta 172]. Sesuatu RS hendaklah dikaji semula setiap lima (5) tahun seiring dengan penyediaan rancangan pembangunan lima (5) tahun negeri. Kajian semula kajian RS juga boleh dibuat jika terdapat arahan daripada Kerajaan Negeri dan terdapat perubahan dasar dan corak pembangunan negeri.


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : RANCANGAN PEMAJUAN

Rancangan Struktur / Rancangan Tempatan (Pengubahan) : Structure Plan (Alteration)

"

Pengubahan atau pindaan ke atas sebahagian kandungan rancangan struktur atau rancangan tempatan (RS / RT) yang berkuat kuasa, di mana secara umumnya kandungan lain masih terpakai. Bagi tujuan kawalan perancangan, RS / RT asal dan rancangan RS / RT pengubahan hendaklah dibaca secara bersama.


Kategori :
Sub Kategori :

Rancangan Tempatan : Local Plan

Rancangan pembangunan yang mengandungi suatu peta dan pernyataan bertulis yang menerangkan dengan lebih terperinci segala cadangan yang disediakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan untuk pemajuan dan penggunaan tanah, berdasarkan rancangan struktur yang telah disediakan mengikut peruntukan subseksyen 12(8), Akta Perancangan Bandar dan Desa [Akta 172].



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : RANCANGAN PEMAJUAN

Rancangan Tempatan (Penggantian) : Replacement Local Plan

Merujuk kepada RT Penggantian yang melibatkan keseluruhan kawasan dan kandungannya, di mana RT asal tidak lagi terpakai bagi tujuan kawalan perancangan dan proses RT Penggantian adalah tertakluk kepada subseksyen 16(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa [Akta 172].


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : RANCANGAN PEMAJUAN

Rancangan Wilayah : Regional Plan

Pelan yang disediakan bagi mengurus dan menyelaras rangka kerja spatial suatu wilayah serta membentuk inisiatif projek pengurusan dan menyelaras projek pembangunan yang merentasi sempadan daerah dan negeri bagi menangani perubahan corak guna tanah dan pertumbuhan ekonomi.


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : RANCANGAN PEMAJUAN

Rangkaian Ekologi : Ecological Linkages

Habitat hutan yang menyambung atau membolehkan pergerakan hidupan liar antara pulau hutan di dalam kawasan Central Forest Spine (CFS) sama ada melalui rangkaian semula jadi sedia ada yang masih berhutan atau laluan pergerakan seperti sungai, lembah dan permatang. Rangkaian ekologi berbentuk fizikal, mempunyai ruang geografi yang jelas dan diurus tadbir dalam jangka masa panjang untuk mengekalkan atau memulihkan hubungan ekologi yang berkesan.



Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : EKOLOGI