perkataan yang di cari : ''
Rangkaian ekologi yang mengalami ancaman kritikal atau sehingga menjejaskan fungsi sebagai laluan hidupan liar kerana mempunyai isu fragmentasi hutan dan menyebabkan kawasan hutan terputus, menjadi pulau hutan, majoriti kegunaan tanah adalah pertanian, mempunyai halangan fizikal seperti jalan, laluan rel dan infrastruktur lain.
ALAM SEKITAR
Taman, kawasan hijau, kawasan lapang atau hutan yang terletak di dalam kawasan bandar yang berperanan untuk mengekalkan persekitaran bandar yang bersih dan indah.
ALAM SEKITAR
Penyerakan bandar secara mendatar, tidak terkawal dan melepasi had pembangunan perbandaran yang telah ditetapkan.
FIZIKAL
Reka bentuk persekitaran fizikal terperinci secara efektif boleh mempengaruhi perlakuan manusia dari melakukan kesalahan serta mengurangkan perasaan takut berlakunya jenayah dan insiden jenayah di samping meningkatkan kualiti persekitaran dan kehidupan.
UMUM
Reka bentuk persekitaran dan produk yang boleh digunakan secara meluas oleh semua golongan individu tanpa memerlukan sebarang adaptasi atau rekaan khas. Ia merupakan satu konsep di mana setiap individu mempunyai akses kepada semua tempat dan kemudahan pada setiap masa.
FIZIKAL
Mana-mana mendapan arkeologi (archeological deposit), mana-mana artifak peninggalan atau keterangan matan yang dikaitkan dengan mendapan arkeologi.
FIZIKAL
Merujuk kepada transformasi disruptif dalam industri melalui penggunaan teknologi baru muncul. la bercirikan teknologi baharu yang menggabungkan alam fizikal, digital dan biologi, yang memberi kesan kepada semua bidang, industri dan ekonomi. Sebagai contoh, percetakan bio menggunakan fail digital (digital) untuk mencetak objek seperti organ (fizikal) dengan menggunakan sel dan bahan bio (biologi).
UMUM
Bencana berpotensi mengakibatkan kerugian besar, seperti kehilangan nyawa, taraf kesihatan menurun, hilang punca pendapatan, aset dan perkhidmatan. Ia boleh berlaku kepada mana-mana masyarakat atau komuniti dalam tempoh masa akan datang.
ALAM SEKITAR
KSAS risiko bencana ditakrifkan sebagai kawasan yang berisiko tinggi terhadap bencana alam atau kehilangan nyawa sekiranya dibangunkan atau dicerobohi untuk aktiviti manusia.
ALAM SEKITAR