perkataan yang di cari : ''
Kawasan yang telah ditentukan kelebarannya mengikut perundangan di mana ianya termasuk laluan jalan berturap, bahu jalan, laluan pejalan kaki, ruang udara di atasnya dan semua kawasan yang berada dalam lingkungan sempadannya yang diwartakan di bawah seksyen 62, Kanun Tanah Negara [Akta 828]. (f67)
FIZIKAL
Benteng (ban), tebing dan dataran banjir di kedua-dua belah sungai yang diwartakan di bawah seksyen 62, Kanun Tanah Negara [Akta 828].
ALAM SEKITAR
Luas lantai bersih yang boleh diniagakan dan ini tidak termasuk tangga, bilik air dan ruang legar. Keluasan ruang lantai bersih biasanya dikira dengan menolak 30% daripada ruang lantai kasar.
PERUNDANGAN
Luas permukaan lantai sesebuah bangunan termasuk tangga, ruang legar, bilik air dan keseluruhan yang terdapat pada bangunan perniagaan tersebut.
PERUNDANGAN
Rumah mikro adalah seperti apartment studio, tetapi ia lebih kecil, di mana keluasan di antara 9 hingga 37 meter persegi. Konsep rumah mikro ini mempunyai empat (4) atau lima (5) unit dan setiap unit mempunyai tiga (3) hingga enam (6) buah katil serta almari. Penyewa juga akan berkongsi tandas dan tempat pembuangan sampah bersama orang lain. Selain itu, rumah mikro ini hanya khusus untuk orang bujang yang tergolong dalam kategori B40 dan penyewa boleh memilih sama ada untuk menandatangani sewaan selama 12 atau 18 bulan.
FIZIKAL