perkataan yang di cari : ''
Apa-apa batasan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri ke atas mana-mana dari kuasa yang diberi kepada tuan punya oleh Bahagian Sembilan, Kanun Tanah Negara, atau ke atas mana-mana kuasa urus niaganya di bawah Divisyen IV, Kanun Tanah Negara [Akta 828] dan apa-apa batasan yang serupa yang dikenakan di bawah mana-mana undang-undang tanah terdahulu.
PERUNDANGAN
Kuasa yang ada pada Mahkamah Atasan (Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) dalam membenarkan mana-mana orang yang terjejas dengan keputusan atau peraturan mana-mana Pihak Berkuasa Awam untuk menyemak keputusan dan peraturan tersebut.
PERUNDANGAN
Sesuatu objek atau benda yang membahagikan atau menjadi sempadan sesuatu kawasan.
FIZIKAL
Senarai Ketiga dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, yang mengandungi perkara-perkara yang mengenainya Parlimen dan Badan Perundangan sesuatu Negeri mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang.
PERUNDANGAN
Lawatan berekod yang dijalankan ke suatu tapak untuk meneliti keadaan di tapak setelah permohonan merancang diterima oleh pihak berkuasa tempatan.
PERUNDANGAN
Satu pembicaraan antara jawatankuasa yang dilantik oleh Jawatankuasa Perancang Negeri dengan orang-orang yang membuat bantahan dan representasi berkenaan sesuatu draf rancangan di bawah subseksyen 14(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172].
PERUNDANGAN
Termasuk semua kemudahan fizikal yang melibatkan pengumpulan kumbahan di punca, pengangkutan ke kemudahan rawatan, rawatannya untuk mematuhi standard pelepasan efluen dan akhirnya samada pelupusan kepada alam sekitar, atau penggunaan semula sebagai air pengairan atau kegunaan lain yang diterima.
ALAM SEKITAR
Sistem untuk menyimpan, mengurus, mengemaskini, menganalisis dan membekalkan maklumat dan data guna tanah negara. Sistem ini memudahcara pengurusan maklumat guna tanah perancangan melalui aktiviti penyeragaman, pengemaskinian, perkongsian dan capaian maklumat data guna tanah perancangan.
UMUM