perkataan yang di cari : ''

Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu : Integrated Transport Information System (ITIS) :

Satu sistem yang terdiri daripada dua komponen utama, iaitu Sistem Pengurusan Lalu Lintas Maju (ATMS) dan Sistem Maklumat Lalu Lintas Maju (ATIS). Sistem ini digunakan untuk pemantauan lalu lintas, kemalangan, pembinaan dan situasi lain yang berlaku di jalan raya dan lebuh raya di Kuala Lumpur dan Lembah Klang.



Kategori : UMUM
Sub Kategori :

Sistem Paparan Maklumat Awam : Public Information Display System :

Satu platform digital bagi memberi maklumat kepada orang awam secara terus dan terbuka. Pengurusan dan pengemaskinian maklumat berdasarkan masa sebenar (Real Time) dan mewujudkan jejak data.



Kategori : UMUM
Sub Kategori :

Sistem Pembetungan : Sewerage System

Suatu sistem pengumpulan bahan buangan manusia secara teratur dan sistematik melalui saluran bawah tanah.


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : UTILITI

Sistem Pengolahan Kumbahan : Sewage Treatment System

Apa-apa kemudahan yang direka bentuk dan dibina bertujuan untuk mengurangkan potensi kumbahan yang menyebabkan pencemaran.


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori :

Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH) : Rain Water Harvesting System

Sistem di mana air hujan dikumpul daripada bumbung dan kemudiannya disalurkan ke tangki-tangki penyimpanan air hujan sebelum digunakan.



Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : PENUAIAN AIR HUJAN

Sistem Pengurusan Alam Sekeliling : Environmental Management System

Sistem yang terdiri daripada suatu struktur organisasi dengan tanggungjawab, amalan, prosedur, proses dan sumbernya bagi melaksanakan dan menyenggara sistem yang berhubungan dengan alam sekeliling.


Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : PENUAIAN AIR HUJAN

Sistem Saliran : Drainage System

Sistem pembuangan air menerusi saliran yang dibina dalam dan luar bangunan atau melalui saliran semula jadi seperti longkang, parit, terusan dan sebagainya.



Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : SALIRAN

Stesen Pam : Pump Station

Bangunan atau tempat operasi dua (2) atau lebih pam untuk membekalkan air dengan tekanan yang mencukupi kepada sistem pengagihan.



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : UTILITI

Stesen Pam Rangkaian : Network Pumping Station

Tempat yang berfungsi untuk mengalirkan kumbahan daripada kawasan rendah ke kawasan loji rawatan kumbahan.


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : UTILITI

Strata : Strata

Suatu pembangunan hartanah yang membahagikan bangunan dan tanah kepada petak-petak, petak aksesori dan harta bersama serta telah ditetapkan sistem pengurusan bagi skim tersebut.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : STRATA