perkataan yang di cari : ''

Stratum : Stratum

Suatu lapisan segi padu tanah bawah tanah.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Struktur Pengambilan Air : Water Intake Structure

Struktur kejuruteraan yang dibina untuk pengekstrakan air sungai.()


Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : SUNGAI

Sungai : Drainage System

Saluran air tabii/semula jadi yang besar. Sumber sungai boleh jadi dari tasik, mata air ataupun anak sungai.


Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : SUNGAI

Surau :

Bangunan atau musalla bagi orang Islam beribadat dan pusat aktiviti kemasyarakatan setempat pada skala yang lebih kecil berbanding masjid; tidak digunakan untuk mendirikan sembahyang Jumaat kecuali bagi keadaan-keadaan yang dibenarkan oleh pihak-pihak berkuasa agama Islam negeri.



Kategori : SOSIAL
Sub Kategori : KEMUDAHAN

Syarat Nyata : Expressed Condition

Syarat-syarat yang dinyatakan dan terkandung di dalam setiap geran tanah. Syarat ini juga merupakan arahan atau larangan yang dikenakan ke atas sesuatu tanah bagi maksud mengawal penggunaannya.



Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Syarat Tersirat : Implied Condition

"Suatu arahan atau larangan berkaitan dengan penggunaan tanah. Syarat ini sama seperti syarat nyata bezanya ialah:


Kategori :
Sub Kategori :

Syit Piawaian : Standard Sheet

Pelan lot yang dihasilkan oleh juruukur yang mengandungi maklumat lengkap berkaitan nombor lot, keluasan, bacaan panjang dan bearing setiap sempadan.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Tadbir Urus Pintar : Smart Governance :

Tadbir urus untuk melaksanakan tanggungjawab secara telus, berakauntabiliti, berintegriti dan berhemah ke arah peningkatan pelaksanaan kerajaan digital. Perkhidmatan e-kerajaan yang berkualiti melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Menggalakkan perkongsian data antara agensi kerajaan bagi meningkatkan penyampaian maklumat secara terus dan berkesan kepada kerajaan dan orang awam.


Kategori : UMUM
Sub Kategori :

Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur Dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP) : Levels of Economic Development, Infrastructure and Wellbeing

Geran yang digunakan untuk membiayai projek-projek pembangunan negeri termasuk projek pengurusan ekologi bagi melindungi kawasan perlindungan hutan dan marin di negeri masing-masing.
Ia bertujuan membantu negeri-negeri melaksanakan program/projek pembangunan bagi manfaat rakyat sekali gus dapat merapatkan jurang kekayaan dan pendapatan supaya mencapai matlamat pembangunan sosioekonomi seimbang.


Kategori : SOSIAL
Sub Kategori :

Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) : Off River Storage (ORS)

Satu kaedah penyimpanan air mentah dengan cara mewujudkan kolam-kolam di kawasan hilir dan pinggir sungai serta yang berhampiran dengan loji. TAPS akan turut membantu mengawal situasi banjir dan tidak menelan belanja besar untuk dilaksanakan serta mampu menjana ekonomi setempat. (f86)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : KOLAM