perkataan yang di cari : ''

Taman Atas Bumbung : Rooftop Garden

Taman yang terletak di atas bumbung termasuk di bawah, di aras atau tingkat tengah (intermediate floor level) dan podium deck sesebuah bangunan.



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : TAMAN

Taman Bandaran/Taman Tempatan : Town Park/Local Park

Taman ini berfungsi untuk memenuhi keperluan penduduk sesebuah bandar/daerah bagi tujuan aktiviti rekreasi, riadah, sukan, interaksi sosial dan menikmati keindahan alam semula jadi. Taman ini berkeluasan minimum lima (5) hektar (12.36 ekar).



Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : KAWASAN HIJAU

Taman Eko Rimba : Forest Eco Park

Sebuah kawasan hutan simpan yang dibuka untuk kegunaan orang ramai sebagai tempat riadah, perkelahan dan lain-lain.


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : TAMAN

Taman Kejiranan : Neighbourhood Park

Taman ini berfungsi sebagai kawasan rekreasi dalam sesebuah kawasan kejiranan bagi keperluan penganjuran aktiviti rekreasi, riadah, sukan dan interaksi sosial penduduk. Taman ini berkeluasan minimum satu (1) hektar (2.47 ekar).


Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : KAWASAN HIJAU

Taman Menegak : Vertical Garden

Satu bentuk penanaman alternatif yang terbentang dari bawah ke atas dengan keupayaan untuk dibina di kawasan yang mempunyai ruang tanah yang terhad untuk menanam tanaman. Bentuk dalaman taman menegak menggunakan kurang air, kurang tenaga kerja dan tidak memerlukan cahaya matahari kerana menggunakan lampu LED.



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : TAMAN

Taman Negara : National Park

Taman ini berfungsi sebagai kawasan perlindungan alam semula jadi flora dan fauna serta bahan sejarah yang mempunyai keunikan tersendiri melibatkan aktiviti rekreasi aktif berbentuk pembelajaran, penyelidikan dan pengekalan alam semula jadi serta warisan yang berkepentingan nasional serta keluasannya tiada had (mengikut keperluan).



Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : KAWASAN HIJAU

Taman Perindustrian : Industrial Park

Kawasan yang telah dizonkan sebagai kawasan industri dengan infrastruktur bersepadu dan terancang.



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori :

Taman Permainan/Laman Permainan : Playground

Taman ini berfungsi sebagai kawasan rekreasi dalam lingkungan jarak berjalan kaki yang dapat menampung keperluan aktiviti rekreasi, riadah, sukan dan juga keperluan interaksi sosial penduduk. Taman ini berkeluasan minimum 0.1 hektar (0.25 ekar).



Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : KAWASAN HIJAU

Taman Persekutuan/Taman Wilayah/ Taman Negeri : Federal Park/Regional Park/State Park

Taman ini berfungsi untuk memenuhi keperluan penduduk sesebuah wilayah/negeri untuk tujuan aktiviti rekreasi, riadah, sukan, interaksi sosial dan menikmati keindahan alam semula jadi. Taman ini berkeluasan minimum 10 hektar (24.7 ekar).()



Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : KAWASAN HIJAU

Tanah Bandar : Town Land

Tanah dalam mana-mana kawasan dalam negeri yang diisytiharkan menurut peruntukan seksyen 11 di bawah Kanun Tanah Negara [Akta 828] sebagai bandar.


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : TANAH