perkataan yang di cari : ''
Mana-mana tanah (termasuk mana-mana petak dari sebuah bangunan pecah bahagian) berkenaan mana-mana hakmilik berdaftar pada masa itu, sama ada muktamad atau bersyarat, untuk selama-lamanya atau untuk satu tempoh beberapa tahun dan diberi oleh pihak berkuasa negeri atau dalam menjalankan kuasa yang diberi oleh mana-mana undang-undang tanah terdahulu, tetapi tidak termasuk tanah lombong.
PERUNDANGAN
i. Tanah yang bersempadan dengan tanah yang berhubungan dengan sesuatu permohonan di bawah subseksyen 21(8), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172].
PERUNDANGAN
Mana-mana tanah atau tanah-tanah yang termasuk dalam jadual yang disediakan di bawah seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486] (Perisytiharan bahawa tanah dikehendaki bagi maksud awam) dan dilampirkan pada mana-mana perisytiharan atau pemberitahuan dalam Borang D, E, J dan K.
PERUNDANGAN
Mana-mana tanah sama ada dikepung atau tidak yang disusun atur atau dirizabkan untuk disusun atur keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai suatu taman bunga awam, taman awam, padang sukan dan rekreasi awam, tempat makan angin awam, tempat jalan kaki awam atau sebagai suatu tempat awam.
FIZIKAL
Merupakan kawasan yang mempunyai tanah-tanih yang mengandungi air secara kekal atau bermusim. Konvensyen Ramsar* memberi definisi yang lebih luas untuk meliputi pelbagai jenis tanah lembab. Ini termasuk tanah gambut, estuary, kawasan berhampiran persisiran pantai, terumbu karang dan tapak buatan manusia seperti kolam ikan, sawah padi, empangan dan kawasan garam. Terdapat pelbagai ekosistem tanah bencah di Malaysia, di mana ekosistem yang sangat terancam adalah hutan paya air tawar, hutan gelam dan padang rumput laut.()
ALAM SEKITAR