perkataan yang di cari : ''
Kawasan tanah pamah adalah tanah rendah yang rata, ada kalanya beralun, tidak melebihi 150 meter dari aras laut. Jaluran tanah pamah terletak di antara pinggir laut dengan banjaran gunung dan bukit di sepanjang laut di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
ALAM SEKITAR
Tanah yang buat masa ini dirizabkan untuk tujuan awam selaras dengan peruntukan-peruntukan seksyen 62, Kanun Tanah Negara [Akta 828] atau mana-mana undang-undang tanah terdahulu.
PERUNDANGAN
Merupakan satu kejadian geologi yang melibatkan gelongsoran tanah atau pergerakan tanah dari satu kedudukan yang tidak stabil dan ia berlaku secara pantas atau perlahan oleh tarikan graviti.
ALAM SEKITAR
Berdasarkan Fasal (I) Perkara 89, Perlembagaan Persekutuan, ertinya mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang merupakan tanah simpanan Melayu sebaik sebelum Hari Merdeka mengikut undang-undang yang sedia ada boleh terus menjadi tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh suatu Enakmen Badan Perundangan Negeri itu.
PERUNDANGAN
Tanah Tinggi : Highland
Kajian Pembangunan Mampan bagi Kawasan Tanah Tinggi di Semenanjung Malaysia (Unit Perancang Ekonomi, 2002) menerima pakai klasifikasi tanah tinggi seperti berikut:
ALAM SEKITAR
Tanah yang didermakan untuk tujuan kebajikan, misalnya membina masjid, surau, rumah anak yatim, kubur, infrastruktur atau dibangunkan mengikut projek yang boleh memberi pulangan ekonomi kepada masyarakat dan sebagainya.
PERUNDANGAN
Titik atau tanda yang mempunyai nilai ketinggian di atas permukaan bumi yang relatif kepada sesuatu datum rujukan ketinggian. Di semenanjung malaysia, nilai-nilai ketinggian aras adalah merujuk kepada Datum Tegak Geodesi Semenanjung Malaysia (DTGSM). Di Sabah, nilai ketinggian tanda aras merujuk kepada Datum Kota Kinabalu manakala di Sarawak, nilai ketinggian aras merujuk kepada tiga (3) datum rujukan iaitu Datum Pulau Lakei, Datum Bintulu dan Datum Original. Nilai-nilai ketinggian ini ditentukan dari pengukuran aras di lapangan.
FIZIKAL
Apa-apa binaan yang terdiri daripada suatu bingkai, papan dinding, papan, bar, pilar, tiang, dawai atau sesuatu gabungan daripada benda-benda itu, atau apa-apa binaan yang serupa itu, atau apa-apa benda boleh dilihat yang terapung atau yang ditetapkan kedudukannya dengan ikatan dawai atau dengan alat lain yang boleh dilentur, yang ditunjukkan bagi maksud iklan perdagangan atau profesion dalam sesuatu kedudukan supaya boleh mudah dilihat berlatarkan langit dari mana-mana lebuh atau tempat awam.
FIZIKAL
Termasuklah apa-apa batu ukur, paip besi atau pepaku, pancang atau tiang kayu, tiang atau pilar konkrit atau lain-lain tanda yang digunakan bagi maksud menandakan sempadan-sempadan.
PERUNDANGAN