perkataan yang di cari : ''

Terminal Feri / Bot : Ferry / Boat Terminal

Tempat bermula atau berakhir perkhidmatan feri dan bot di mana pengguna feri dan bot boleh mendapatkan perkhidmatan asas tempat pembelian dan penempahan tiket, jadual ketibaan dan berlepas dan sebagainya.



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : TERMINAL

Terminal Kargo : Cargo Terminal

Suatu kemudahan pengangkutan yang disediakan di mana kontena kargo disimpan untuk dipindahkan ke kapal lain atau disimpan di luar sebelum diangkut ke lokasi lain. Terminal kargo boleh merangkumi kemudahan aksesori seperti gudang, limbungan kereta api, stor penyimpanan dan pejabat.


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : TERMINAL

Terminal Pengangkutan Awam : Public Transport Terminal

Sebuah kompleks bersepadu yang menjadi tempat perhentian atau pengumpulan semua mod pengangkutan awam.



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : TERMINAL

Terminal Pengangkutan Bersepadu : Integrated Transport Terminal

Kawasan atau premis bagi perkhidmatan pelbagai mod pengangkutan awam iaitu bas, teksi dan kereta api. Menawarkan perkhidmatan tempat pembelian dan tempahan tiket, jadual ketibaan dan berlepas serta lain-lain perkhidmatan pengangkutan awam.


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : TERMINAL

Tiang Pintar : Smart Pole

Platform yang dibina di jalan yang boleh digunakan dalam pelbagai fungsi, termasuk meletakkan panggilan kecemasan, membuat pengumuman, pencahayaan jalan dan menjana tenaga solar. Smart pole boleh meningkatkan kecekapan bandar, sementara pada masa yang sama boleh meminimumkan perabot jalanan.



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori :

Tokong :

Bangunan keagamaan mengikut kepercayaan agama Buddha dan Tao yang meliputi Tokong dan Vihara Buddha serta Wat Siam untuk kepercayaan Theravada, Mahayana, Vajyarana dan Tokong Toaist.



Kategori : SOSIAL
Sub Kategori : KEMUDAHAN

Tonggak Jalan : Bollard

Tonggak jalan berfungsi sebagai pembahagi atau pemisah laluan pejalan kaki dari laluan bermotor.


Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori :

Transit Aliran Ringan : Light Rail Transit (LRT)

Sejenis laluan pengangkutan awam berasaskan rel mengangkut penumpang menggunakan tren elektrik di dalam bandar dengan kapasiti dan kekerapan yang tinggi, dan laluan yang berasingan dari sistem pengangkutan yang lain.



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : TRANSIT

Tsunami : Tsunami

Suatu siri ombak besar yang mempunyai jarak gelombang dan jangka masa yang agak panjang disebabkan oleh gangguan atau perubahan pada dasar laut akibat daripada beberapa fenomena seperti gempa bumi, tanah runtuh di dasar laut, hentaman meteor dan juga ledakan gunung berapi.


Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : BENCANA

Ukur Halus : Detailed Survey :

Kerja ukur yang dibuat ke atas suatu hartanah bagi mendapatkan hakmilik muktamad (final title) yang dijalankan oleh Juruukur Tanah Berlesen. Kebiasaannya, akan berlaku perubahan luas kepada hakmilik sementara apabila diukur halus dan perbezaan ukuran ini akan menyebabkan pengurangan atau penambahan kepada cukai tanah pemilik tersebut.


Kategori : UMUM
Sub Kategori :